Salam sejahtera,
Penggunaan internet Malaysia semakin hari semakin rancak. Dengan talian menggunakan telefon line seperti TM dan sambungan tanpa wayar seperti 3G, 4G dan WiMax sebagai pilihan kita. Masing-masing ada pilihan tersendiri.
Walaupun kos penggunaan internet Malaysia masih lagi dianggap tinggi berbanding negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, namun statistik penggunaan internet Malaysia amat memberansangkan. Internet di Malaysia semakin berevolusi dengan baik.
Streamyx Cool Uni Pack

Pakej terbaru daripada Streamyx khas untuk pelajar universiti IPTA dan IPTS terpilih. Dalam pakej ini, pelajar akan diberikan akses internet dengan harga yang berpatutan.
Apa yang menariknya, pelajar yang mendaftar dengan pakej ini juga diberikan dengan Netbook, modem Wi-Fi percuma, akses untuk memuat turun lagu dan akses internet tanpa had.
Pakej yang disediakan:
- Internet Streamyx 384kbps
- Tiada yuran pengaktifan (jimat RM77)
- Tiada yuran pemasangan (jimat Rm88)
- Percuma modem Wi-Fi
- Penghantaran Netbook (Jaminan Netbook 2 tahun)
- Percuma Streamyx Zone akaun
- Muat turun lagu di Hypptunes
Semua di atas berharga RM50 untuk sebulan. Sebelum mendaftar, baca dan fahami dengan teliti terma dan syarat yang disediakan. Boleh layari www.streamyx.com.my dan pilih bahagian Promotion.
Jadi kepada para pelajar, ini salah satu tawaran yang menarik. Dengan ada akses internet, lebih mudah dan cepat untuk mencari maklumat. Kerja dapat dilakukan dengan lebih pantas.
Paling utama kos dapat dijimatkan seminimum mungkin. Bagi saya, dengan kelajuan 384kbps sudah memadai untuk melayari internet, surf website seperti berita online dan mencari maklmuat mengenai pembelajaran.
Kalau untuk tujuan memuat turun movie dan fail yang terlalu besar mungkin agak lambat. Buat pilihan dengan bijak.
Mohd Zaini


Comments