Salam sejahtera pembaca budiman,
Selain Celcom dan Maxis yang memberi perkhidmatan jalur lebar (broadband), satu lagi telco ‘otai’ yang turut menawarkan kemudahan sama adalah DiGi. Melalui perbandingan, pakej broadband dari DiGi adalah paling murah dan mampu milik oleh sesiapa sahaja.
Broadband Discover Day hanya RM33 sebulan
Pakej paling murah dari DiGi adalah Discover Day. Cuma perlu bayar RM33 setiap bulan. Apa yang kita dapat?
- Rebat Auto-Billing bernilai RM5
- Mata ganjaran BonusLink semasa pendaftaran pakej
- Pengecualian cukai RM500 setahun. Ini baik untuk ‘kesihatan’ wang.
- Rebat permulaan selama 5 bulan pertama selepas pendaftaran (RM10 x 5)
kredit gambar: tallboyz.blogspot.com
Sebelum mendaftar perlu diketahui, purata kelajuan download adalah 700kbps dan kelajuan upload 200kbps dari 7 pagi sehingga 7 malam. Sementara pada waktu malam, download speed turun sehingga 128kbps dan P2P seperti Torrent akan disekat.
Maksudnya, guna Digi Broadband tidak boleh download dari P2P. Sedih kan?
Paling penting periksa kawasan anda tinggal atau tempat yang ingin digunakan sama ada terdapat liputan Digi Broadband atau tidak. Sia-sia mendafatar tetapi tidak dapat guna. Boleh layari http://www.digi.com.my/Broadband/DiscoverDay.do untuk mengetahui status liputan 3G atau EDGE.
Berikut adalah maklumat terperinci pada pakej 3Gb data:
- 2000 email tanpa lampiran (attachment), standard HTML antara 10-20KB setiap email
- 100 jam tempoh melayari Internet
- 200 lagu muat turun jenis MP3
- 100 tayangan video, 2 minit setiap video.
Maklumat lanjut layari www.digi.com.my
Kenapa broadband wireless terkenal?
Sesuatu barangan menjadi terkenal apabila dapat menyelesaikan masalah. Ciri utama broadband yang dapat menyelesaikan masalah adalah mudah alih. Mudah alih meliputi penggunaan internet tanpa sambungan wayar.
Jika pengguna Streamyx perlukan kabel telefon untuk ke internet, berbeza pula dengan wireless broadband yang boleh dibawa ke mana sahaja.
Harga yang berpatutan. Senang cerita bayaran bulanan broadband adalah murah. Sesiapa sahaja mampu membeli walupun kepada seorang pesawah di kampung.
Dengan harga yang murah, pasaran akan menjadi lebih rancak kerana semua golongan sudah mampu menggunakan internet walaupun dengan wireless broadband.
Siapa pernah guna DiGi broadband? Minta pandangan.




Comments