Salam sejahtera pembaca budiman,
Versi baru keluaran Microsoft adalah Windows 8. Saya ada buat sedikit ulasan pada artikel Windows 8: Versi Baru Yang Lebih Mantap. Boleh baca untuk pemahaman lanjut. Sedikit ulangan, Windows 8 adalah versi paling baru Windows dan dijangka akan berada di pasaran pertengahan 2012.
Pengguna Windows 7: Bersedia untuk bertukar?
1. Ya. Apabila versi Windows 7 sekarang sudah tidak mampu untuk memudahkan kerja sedia ada. Khususnya kepada pengguna komputer mahir. Banyak kelebihan Windows 7 contohnya ‘touch screen’ yang cukup popular sekarang. Siapa guna iPhone dan Android pasti lebih mudah dengan Windows 8.
2. Tidak. Pengguna lebih selesa dengan apa yang Windows 7 miliki. Terus-terang, saya mungkin tidak akan bertukar daripada Windows 7 ke Windows 8. Salah satunya, konfigurasi dan ‘keselesaan’ yang sedia ada pada Windows 7. Namun, kerana teknologi dan keperluan akan datang, mungkin akan bertukar juga.
Anda bagaimana?