Tempahan Serunding Daging Dibuka

No Commented June 28 2010
Categorized Under: Terkini

Salam sejahtera,

Sebagai sampingan untuk blog anjungpc, saya ingin membuat sedikit ulasan produk makanan yang semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia. Produk makanan tersebut adalah serunding daging yang memang halal, sedap, berkualiti dan berpatutan untuk dinikmati. Serunding ini original dari Kelantan yang sememangnya popular dengan pembuatan serunding di Malaysia.

Seiring dengan kemajuan internet dan capaiannya yang agak menyeluruh, kini anda boleh dapatkan serunding daging melalui tempahan secara online. Salah satu laman web adalah SerundingEmas.com yang menawarkan tempahan serunding daging sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Kenapa serunding daging?

  • Makanan yang boleh dimakan dengan nasi, roti, lemang, ketupat dan juga sebagai inti kuih-muih. Boleh dikatakan ianya sesuai dengan pelbagai hidangan makanan.
  • Produk makanan yang tahan lama. Boleh disimpan sehingga 6 bulan.
  • Terbukti sedap dan menyelerakan pada setiap masa.

Kenapa SerundingEmas.com?

  • Penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia. Segalanya dalam satu harga.
  • Promosi terkini dengan diskaun sehingga 15%
  • Penghantaran melalui Pos Laju @ City-Link Express yang dijamin selamat sampai kepada pembeli.

Jadi, berapa pula harganya:

  • 500 gram = RM35
  • 1 Kg = RM65
  • 3Kg = RM175 (diskaun 10% dan jimat sehingga RM20)
  • 5Kg = RM275 (diskaun 15& dan jimat sehingga  RM50)

Bagaimana pula dengan tempahannya?

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi serunding daging, layari www.serundingemas.com

Popularity: 2% [?]

Webcam Terbalik Notebook ASUS

No Commented June 19 2010
Categorized Under: Tips, komputer riba

Salam sejahtera,

Selepas format notebook model ASUS K40IJ dengan WIndows 7 ada satu masalah yang berlaku. Semua driver telah berjaya install tetapi gambar pada webcam terbalik. Kepala di bawah dan badan di atas. Ini memang biasa terjadi kepada model ASUS k40IJ tetapi saya kurang pasti jika ia berlaku kepada semua jenis model ASUS.

Jadi, penyelesaian paling mudah adalah internet. Setelah mencari dan mencari, saya menjumpai satu forum yang amat berguna kepada pengguna notebook ASUS. Masalah utama adalah ketepatan driver dengan model notebook. Hardware ID untuk webcam perlu tepat dengan jenis driver.

Berikut saya senaraikan link untuk rujukan anda:

1. Link untuk mengetahui jenis dan nama webcam driver pada notebook, Klik di sini

2. Link untuk memuat turun (download) driver webcam. Klik di sini

Kemudian, selepas install dan cuba, ianya berjaya menjadi normal semula. Cara untuk cuba webcam adalah dengan menggunakan Yahoo Messenger.

Selamat mencuba.

Popularity: 2% [?]

Forum Komputer Popular Malaysia

one Commented June 3 2010
Categorized Under: Info

Salam sejahtera,

Jika ada masalah, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah bertanya. Tanyalah sebanyak mungkin sehingga kita jumpa penyelesaiannya. Tetapi bagaimana mahu bertanya jika kita di internet. Jawapan paling mudah adalah melalui forum.

Ada masalah komputer, bisnes, peribadi, kewangan dan banyak lagi, semuanya saya akan gunakan medium forum untuk bertanya dan mencari maklumat.

Tetapi sebelum bertanya di forum pastikan kita mencari dahulu tajuknya supaya tidak dianggap ‘malas mencari’.

Jangan mahu disuap sahaja, cari dahulu. Itu pesan guru saya dahulu.

Baiklah, artikel kali ini, saya akan senaraikan beberapa forum popular di Malaysia. Fokusnya sudah semestinya berasaskan komputer, internet dan teknologi. Jom berkongsi…

  1. Lowyat.net
  2. Putera.com
  3. Sifoo.com

Ini adalah forum kegemaran, jika ada forum yang menarik untuk dikongsi, dipersilakan.

Popularity: 3% [?]

Menyusun Email Lebih Menarik & Mudah

No Commented May 24 2010
Categorized Under: Tips

Salam sejahtera,

Anda tentu suka melanggan berita, info dan cerita melalui email. Contohnya melanggan artikel-artikel terkini di blog kegemaran anda.

Bagi pengguna Facebook, tentu anda sering mendapat maklum balas (notification) melalui email. Jika ada post atau komen terbaru yang berkaitan dengan akaun anda, pasti satu email akan masuk ke inbox anda.

Jadi, bagaimana untuk menyusun setiap email yang masuk ke inbox anda? Susunan email berdasarkan label tertentu akan memudahkan urusan anda untuk melihat, menyemak dan membaca.

Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan tips bagaimana untuk konfigurasi email Gmail anda supaya setiap email yang masuk akan menjadi lebih mudah, tersusun dan tidak memeningkan kepala anda.

Email Filtering

Jika anda pengguna Gmail, terdapat satu konfigurasi (setting) untuk tujuan menapis dan menyusun email. Berikut adalah beberapa langkah mudah:

1. Pertama sekali buat satu label dengan klik pada Setting - Labels

2. Terus ke bahagian Labels dan masukkan nama label yang dikehendaki contohnya Artikel. Kemudian klik pada Create

3. Kemudian, klik pula pada Filters. Klik pada Create a new filter. Pada ruangan From adalah alamat email pengirim. Contohnya, jika pengirim anda adalah dari  support@anjungpc.com maka, masukkan email tersebut dan kemudiannya klik Next.

4. Tandakan pada Skip the Inbox (jadi setiap email daripada support@anjungpc.com tidak akan memasuki inbox) dan tandakan juga pada Apply the label (pilih Artikel).

5. Akhir sekali klik pada Apply the Filter.

Sekarang anda boleh lihat satu Folder/link artikel berada di bahagian kiri Gmail. Setiap kali artikel daripada support@anjungpc.com dihantar ke email anda. Ia secara automatik akan terus ke folder/link Artikel. Jadi, ia mudah, menarik dan tersusun.

Selamat mencuba.

Popularity: 2% [?]

Selamat Hari Guru: Terima kasih kepada semua pendidik!

No Commented May 16 2010
Categorized Under: Terkini

Salam sejahtera,

Pertama sekali, Selamat Hari Guru kepada semua guru, pendidik, pensyarah, cikgu, ustaz dan ustazah sekalian!

Konsep Hari Guru sebagai mengenang jasa dan bakti yang telah ditaburkan kepada anak didiknya. Bagi saya, tiada hari khusus buat guru kerana setiap masa dan ketika, jasa dan ilmu sentiasa di tabur. Jasa mereka sentiasa diperlukan. Setiap hari adalah hari guru.

Setiap insan yang mendidik, memberi tunjuk ajar dan panduan, saya anggap seorang guru. Dan mereka ini layak menerima ucapan Selamat Hari Guru.

Terima kasih kepada ibu dan ayah sebagai guru pertama dalam hidup…

Terima kasih kepada guru tadika kerana A, B, C…

Terima kasih kepada guru sekolah rendah dan menengah..

Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah…

Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah memberi ilmu, panduan, maklumat dan pengetahuan..

dan

Terima kasih kepada anda pembaca blog yang menjadi guru saya dalam perkongsian ilmu komputer!

Popularity: 2% [?]