Salam sejahtera pembaca budiman,

Pengeluar laptop terkenal Dell memperkenalkan model Dell Inspiron 15 untuk pasaran Malaysia. Untuk model baru ini terdapat 3 jenis spesifikasi yang dikeluarkan. Menariknya, selain prestasi hebat pada perkakasan, Dell juga menawarkan harga jimat kepada pembelinya. Model yang akan dibincangkan pada post ini adalah paling rendah spesifikasi tetapi sudah memadai untuk tugasan seharian.

Pencapaian Dell di Malaysia

Dell adalah juara pada Computerworld Malaysia Customer Care Awards 2011 untuk kategori Desktops & Notebooks PCs. Pengalaman saya di tempat kerja juga ada menggunakan Dell.

Dari segi khidmat pelanggan memang pantas dan puas hati. Pada laman web Dell ada disediakan khidmat pelanggan secara chatting. Memang mudah.

Spesifikasi asas Dell Inspiron 15:

  • Processor Intel® Pentium® B960 processor (2.20GHz,1333,2M cache)
  • Genuine Windows® 7 Home Basic SP1 64bit (English
  • 2GB RAM DDR3
  • Hard disk 320GB 5400RPM SATA
  • Skrin 15.6″ HD WLED True-Life (1366×768)
  • Intel® HD Graphics
  • Dell Wireless Card 802.11b/g/n
  • Harga: RM1499

Harga yang ditawarkan bagi saya cukup murah dan berbaloi. Namun harga ini hanya untuk pembelian dalam talian (online) sahaja. Membeli secara dalam talian memang mudah. Tidak perlu keluar dari rumah, duduk depan komputer, klik dan bayar. Banyak penjimatan boleh dilakukan.

Tambahan, membeli di laman web pengeluar yang semestinya selamat kepada para pengguna.

Apa penjimatan yang Dell tawarkan jika membeli melalui dalam talian?

  • RM150 penebusan segera wang tunai
  • Percuma upgrade LCD Back Cover – Apple Red
  • Percuma upgrade Belkin Radius 15.6″ Backpack

Secara peribadi Dell Inspiron 15 amat berbaloi dari segi harga dan prestasi. Juga amat sesuai kepada mereka yang mencari laptop budget pada harga murah. Harga laptop kini semakin murah di pasaran. Mungkin kerana persaingan sengit pengeluar memberi yang terbaik pada harga jimat kepada bakal pelanggan.

Maklumat lanjut, layari www.dell.com/my