sekat pornoPada 6 Disember 2011 bermula satu episod baru nama domain .xxx. Ianya khusus kepada laman-laman web lucah atau pornografi. Sebelum ini kita biasa dengar nama domain .com, .net, .org dan seumpa dengannya sahaja. Tetapi, sekarang lebih daripada itu.

Banyak kontroversi timbul dalam penciptaan  sponsored top-level domain (sTLD) ini. Dianggarkan sebanyak 100,000 laman web lucah dunia membeli nama domain yang sudah dijual di GoDaddy, OnlyDomains dan EuropeRegistry.

Lebih esklusif lebih merosakkan

Dengan adanya nama domain seumpama ini, kita lebih mudah mengenal pasti taraf atau jenis sesuatu laman web. Contohnya, jika sesuatu nama domain dengan .xxx pada penghujungnya. Sah, itu laman web lucah!

Untuk tugas membanteras jenayah buruk ini, tugas menghalang mungkin jadi lebih mudah. Ada sahaja domain .xxx, terus sekat. Sudah pasti, enjin carian seperti Google dan Yahoo akan lebih mudah menghalang akses ke laman-laman sebegini.

Nama domain .xxx sudah 10 tahun dalam perancangan ICM Registry dan semalam (06/12/2011) mereka berjaya mendapat hak untuk menjual secara bebas nama domain ini.

Bebas maksudnya sesiapa sahaja boleh membeli. Kesannya, pasti buruk. Pasti! Harganya juga agak mahal, kira-kira USD99 atau lebih kurang RM330.

Kesan jangka panjang

Sebelum wujudnya nama domain .xxx, terlalu banyak laman web pornografi di internet. Dengan nisbah 1 laman web normal bersamaan 5 laman web porno, kita boleh kira sendiri lambakan perkara buruk kepada pengguna.

Kejahatan bukan lagi di luar rumah. Dalam bilik pun boleh wujud fenomena sebegini. Akses internet tanpa had dan kawalan. Kanak-kanak dan remaja bawah umur akan lebih ‘peka’ dengan kegiatan kurang faedah ini.

Mengikut ICM Registry, syarikat-syarikat atau individu-individu yang tidak mahu nama mereka dikaitkan dengan pornografi perlu membayar yuran  antara RM500-Rm1500, bergantung kepada syarikat pendaftar nama domain tersebut.

Bukankah gila namanya tu?