Salam sejahtera pembaca budiman,
Dulu mustahil tetapi kini tidak lagi. Penerbangan Emirates memperkenalkan sambungan tanpa wayar (Wi-Fi) dalam kapal terbang miliknya.
Penumpang boleh melayari internet, menghantar dan menerima email walaupun berada pada ketinggian 40,000 kaki di udara. Untuk permulaan, sambungan Wi-Fi ini hanya untuk penerbangan Airbus A340-500.
Penumpang boleh melayari sambungan Wi-Fi menggunakan laptop, telefon pintar, tablet dan juga sebarangan alatan yang boleh mengakses internet.
Semua pelanggan perlu membuka sambungan pada laptop atau telefon pintar, log masuk ke rangkaian OnAir dan mengikuti langkah-langkah mudah untuk mengakses internet.
Biasanya telefon bimbit atau alat komunikasi lain perlu dimatikan semasa dalam penerbangan. Ini untuk mengelakkan gangguan kepada sistem kapal terbang tetapi dengan teknologi terkni, gangguan sebegitu dapat dielakkan walaupun menggunakan sambungan internet dalam penerbangan.
kredit gambar: jaunted.com
Sambungan Wi-Fi yang berbayar
Perkhidmatan Wi-Fi oleh Emirates memang membantu kepada penumpang. Biasanya kepada ahli perniagaan, orang perseorangan atau komuniti yang aktif dalam internet. Walaupun mudah tetapi berbayar. Pakej bermula dari USD7.50 untuk gadjet dan USD15.00 untuk satu laptop.
Selepas ini penumpang tidak lagi bosan atau tertidur dalam penerbangan terutamanya penerbangan jauh. Dengan Emirates sekurang-kurangnya boleh semak email atau guna Facebook.
Di Malaysia belum ada perkhidmatan seperti ini dalam kapal terbang. Penerbangan Emirates hanya untuk kelas mewah dan setakat ini meliputi Dubai, Sydney, New York, Auckland dan Christchurch sahaja.
Bila MAS dan Air Asia akan ada Wi-Fi?



Comments