Dapatkan Demo Version Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer secara PERCUMA sekarang! Layari www.anjungpc.com
Salam sejahtera pembaca budiman,
Sebenarnya ini satu cerita yang berlaku baru sahaja setengah jam lepas. Saya telah menghantar seorang teman ke Puduraya kerana mahu pulang ke Melaka. Teman saya tersebut membawa sebuah laptop bersama dan meminta saya membantu mencari bahan untuk assignment-nya menggunakan internet.
Oleh kerana waktu yang suntuk saya menggunakan laptop beliau untuk mencari kemungkinan terdapat talian tanpa wayar (wi-fi) di kawasan menunggu bas (paltform) di Puduraya. Alhamdulillah, kawasan tersebut menyediakan perkhidmatan wi-fi dan dalam masa 15 minit saya dapat membantunya mengumpul maklumat mengenai assigment tersebut. Walaupun taliannya agak lembab dan perlahan tetapi sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan kami mencari maklumat.
Moral of the story
Internet memang penting dan saya bersyukur di Malaysia, walaupun perkhidmatannya tidak sebaik dan menyeluruh, tetapi masih mampu membantu kita menyelesaikan masalah. Tujuan utama internet adalah untuk memudahkan manusia mencari dan menyampaikan maklumat. Banyak manfaat internet untuk ke arah kebaikan dan sudah semestinya keburukannya tetap ada
p/s: teruskan perjuangan berpuasa…
Bacaan tambahan:


Comments