Salam sejahtera semua,

Pertama sekali syukur sebab di beri kesempatan waktu dan nyawa nak tulis lagi kat blog ni.Hari ni hari Jumaat,penghulu segala hari.Kejap lagi nak pergi sembahyang Jumaat pulak.Pesanan ni,bagi lelaki beragama Islam,jangan lupa sembahyang Jumaat.Jangan dok ingat adsense,e-book,bisnes internet lagi icon_smile.gif.Tinggalkan dulu buat sementara.Kita ni hamba Allah,so kena tunaikan amanah-Nya.Kalau kita bersyukur,nikmat dari-Nya akan lebih buat kita.

Ok.Kali saya nak berkongsi satu perisian (software) yang boleh digunakan untuk menonton siaran terutamanya sukan.Macam siaran ESPN dengan STAR Supersports kat Astro tu.Kita boleh tengok live guna software ni kat internet.Bagi peminat bola sepak dunia (macam saya dan member-member kat umah) dan rumah kami tiada Astro sekurang-kurangnya tak la melepak kat kedai mamak time ada bola icon_smile.gif.

Sofware tu namanya Sopcast.Anda boleh mendownload secara percuma di laman web www.sopcast.org.Sopcast adalah televisyen internet menggunakan kaedah P2P (Peer-To-Peer).P2P menggunakan kaedah pengkongsian data,video,audio dalam satu rangkaian (network).Dalam P2P yang sebenar selalunya tiada server sebab itulah data yang dihantar oleh ahli sesuatu network jadi laju dan konsisten.

Sopcast boleh di dapati secara percuma dan cara penggunaannya adalah mudah.Cara install macam software lain.Bagi saya yang telah menggunakan Sofcast lebih setahun saya berpuas hati.Kita boleh menonton video dan mendengar lagu/audio secara live di internet.

Saya rasa setakat itu sahaja dulu buat kali ni.Jangan lupa install dan nilai sendiri.Bagi peminat bola sepak boleh la install sebab boleh tengok Champions League kat nanti.You’ll Never Walk Alone (peminat Liverpool icon_smile.gif)

Selamat mencuba,

zaini a.k.a Starline