ranking pelayar internetSalam sejahtera pembaca budiman,

Memilih pelayar internet terbaik memang susah. Saya percaya, pengguna Malaysia lebih biasa dengan Internet Explorer yang saya tak berapa suka, Mozilla Firefox dan Google Chrome.

Masing-masing ada sebab kenapa suka sesuatu pelayar. Dari segi kelajuan, bagi saya Internet Explorer paling perlahan tetapi bagaimana pula dari segi keselamatan? Ini sebenarnya aspek paling penting.

Satu kajian telah dilakukan oleh Accuvant Labs, mendapati Mozilla Firefox mempunyai empat masalah dari segi keselamatan iaitu:

  • Sandboxing. Satu teknik keselamatan untuk menjalankan program secara berasingan. Biasanya untuk menjalankan program yang tidak dikenali (untrusted programs) dari penyedia lain. Contohnya Adobe Flash Player dan Java yang perlu dimuat turun sebelum boleh buka sesuatu video.
  • Keselamatan pada Plugin-in. Ini biasa kita muat turun dan pasang. Contoh Alexa Toolbar.
  • IT hardening. Satu sistem untuk mengurangkan kebolehan serangan penceroboh dalam pelayar internet. Mozilla ada masalah dalam aspek ini.
  • URL blacklisting. Sekat laman web dilayari. Ketiga-tiga pelayar intenet ini ada masalah.

Dari kajian ini, Google Chrome mempunyai semua ciri-ciri keselamatan diikuti Internet Explorer. Mozilla Firefox paling teruk. Accuvant Lab mengukur penyalahgunaan (anti-exploitation) yang biasa berlaku terutamanya dari penggodam atau menilai berapa cepat sesuatu pelayar mendapat penyelesaian.

Accurant Lab kemudiannya, memerhatikan berapa lama pelayar internet terdedah dengan serangan tersebut. Kes ini kerap berlaku seperti kes Facebook digodam pornografi tempoh hari.

Kesimpulannya:

1. Internet Explorer 9 mempunyai perlindungan terbaik dari serangan  laman web phishing. Tempat pertama dari ketiga-tiga pelayar internet yang dikaji.

2. Dari segi keselamatan pengguna, Mozilla Firefox paling lemah.

3. Kelemahan sesuatu pelayar internet biasanya pada kemaskini keselamatan baru. Masalah pada Mozilla Firefox, kemaskininya amat lambat dan kadang-kadang server menjadi hang.

Sejak kes Mozilla Firefox yang lambat, saya sekarang sudah bertukar ke Google Chrome.

Apa pendapat anda?