Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) hari ini secara rasminya dilancarkan oleh Telekom Malaysia (TM). Dengan kos keseluruhan mencecah RM11.3 billion, diharapkan akan ada sinar baru dalam evolusi internet Malaysia. Projek ini sebenarnya sudah bermula pada 2008.

Target utama adalah di kawasan sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan juga Johor Baharu. Pakej internet yang ditawarkan HSBB adalah UniFi. Setakat ini UniFi disasarkan kepada pelanggan sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismai. Sebagai permulaan HSBB memang disasarkan ke kawasan maju dan membangun. Pakej terendah adalah RM149 untuk kelajuan 5Mbps.

Apa ada pada HSBB?

Tidak seperti Streamyx, HSBB dilengakapi dengan tambahan fungsi iaitu:

  1. Internet Berkelajuan tinggi. Minimum kelajuan adalah 10Mbps. Jika Streamyx buat masa sekarang maksimum adalah 4Mbps
  2. IPTV – menyalurkan rancangan televisyen melalui internet seperti Malaysia History, Malaysian Football, Tourism dan Games. Melalui IPTV, kebanyakkan saluran televisyen di dunia dapat kita tonton.
  3. Video atas perkhidmatan (VoD))

Apa yang menariknya, HSBB menggunakan talian gentian optik (fiber optic)  yang menggantikan kabel tembaga (copper cable) .

Jadi, apa pandangan ada?