Enjin carian terbesar dunia, Google Search menambah baik fungsi enjin carian dengan memperkenalkan penyulitan (encryption).
Mengikut jurucakap Google, penyulitan ini membantu dan menyelamatkan pengguna yang mencari maklumat pada enjin carian Google. Kaedah penyulitan ini telah lama digunakan pada Email Google (GMail). Sasaran utama kepada pengguna internet dengan wayarless seperti di kawasan terbuka kerana akses internet tidak begitu selamat.
Penyulitan menyebabkan hasil maklumat yang dicari pada Google Search akan lebih selamat. Dengan carian Google melalui SSL, pengguna mendapat saluran carian yang telah disulitkan antara komputer mereka dan Google.
Saluran SSL ini membantu melindungi perkataan atau maklumat yang dicari dan halaman hasil carian daripada diceroboh oleh pihak ketiga.
p/s: Makin lama makin bagus Google, tetapi makin lama makin mantap juga hackers.


Comments