Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Salah satu penghantaran data atau maklumat paling pantas adalah melalui penggunaan email. Namun disebalik kebaikan teknologi e-mail ini, tersembunyi juga keburukan kepada para pengguna. Tidak lain dan tidak bukan adalah spam email.
Spam email adalah email yang diragui kesahihannya. Email ini selalunya dihantar daripada penghantar email (spammer) kepada banyak alamat email sekaligus. Antara tujuan utama adalah untuk penjualan produk, perkhidmatan dan yang paling merbahaya adalah untuk tujuan penipuan. Setiap email client menyediakan ruangan khas untuk mengkategorikan email spam seperti Gmail (folder spam) dan Yahoo (folder bulk).
Dianggarkan 90 billion email spam dihantar setiap hari. 20% adalah berkaitan dengan penjualan produk. Lima kategori terbanyak email spam pada June 2007 adalah (dari www.viruslist.com):
- Perubatan dan penjualan produk kesihatan serta servis: 21.9% (+3.7).
- Pendidikan: 13.2 (+2.6%)
- Komputer dan Internet: 9.2% (-1.2%)
- Pelancongan: 8.7% (no change)
- Jenayah siber: 8.9% (+0.9%)
Email spam selalunya mengandungi perkataan tidak baik seperti perkataan lucah, seks, loteri, memberi hadiah berupa wang yang banyak dan juga tawaran yang tidak munasabah.
Email spam yang bertujuan untuk penipuan ini adalah paling merbahaya. Akibat dari kesan penipuan dari kandungan email ini menyebabkan kerugian harga benda, maruah dan juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Jadi, berhati-hati dan jangan klik link di dalam email spam. Identiti saudara/i mungkin akan dicuri!. Salah satu jenayah siber paling digeruni.
Mohd Zaini
Bacaan tambahan:


Comments