Salam sejahtera,

Selepas mendedahkan pelbagai maklumat sulit negara, laman web sensari Wikileaks.org bakal menerima habuannya sendiri. Terbaru , laman web ini bakal dicerobohi penggodam siber tanpa sebarang sebab yang jelas.

Ia selepas, Wikileaks.org menyebarkan maklumat komunikasi dalam jabatan kerajaan Amerika Syarikat. Sebelum ini banyak lagi negara menjadi mangsa seperti Malaysia dengan pelbagai pendedahan yang tidak diketahui kesahihannya oleh mereka.

Cara serangan adalah melalui Distributed Denial of Service (DDos). DDos akan melambatkan loading server kerana terlalu banyak sambungan atau trafik yang masuk ke server laman web Wikileaks. Lama kelamaan, server tidak dapat menampung dan melebihi had yang boleh diterima. Akhirnya, server rosak dan laman web tidak dapat berfungsi.

p/s: Dahulu Wikileaks beria-ia benar mendedahkan apa sahaja aktiviti sesebuah negara, kini aktiviti mereka bakal didedahkan kepada umum. Adil?