Salam sejahtera,

Bidang perniagaan memang tidak dapat lari dari kehidupan manusia. Setiap hari semakin berkembang. Dari semasa ke semasa pelbagai jenis perniagaan tumbuh bagai cendawan selepsa hujan. Di dunia nyata mahupun di alam maya (Internet).

Satu jenis bidang perniagaan yang kian berkembang adalah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Satu jenis bidang yang berhubung kait dengan kemudahan teknologi maklumat dan teknologi terkini.

Banyak anak tempatan Malaysia sudah berjaya dan ada yang sedang mengorak langkah menuju ke arah ini. Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia merupakan salah satu platform untuk rakyat Malaysia berjaya dalam bidang ICT.

Jika disebut sahaja usahawan ICT tentu terlintas difikiran kita mengenai membuka kafe siber ataupun kedai alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, jual kad prabayar, servis komputer dan sebagainya. Tetapi, usahawan ICT adalah lebih dari itu. Sesetengah perniagaan boleh juga dianggap sebagai ICT jika menggunakan teknologi komputer secara menyeluruh. Misalnya jenis francais seperti TM Streamyx.

Sesungguhnya 9/10 dari sumber pendapatan adalah bidang perniagaan.