Salam,

Saya ada beberapa soalan nak tanya saudara.

Soalan 1: Minggu lepas saya format laptop saya, selepas 2 minggu screen saya keluar message
di sebelah kanan bahagian bawah “windows vista (TM) evaluation copy. Build 6002
this copy of windows is not genuine”, dan setiap kali saya on laptop saya akan keluar
activate your windows.

Di sini saya ingin bertanya,jika saya mempunyai produk key adakah saya boleh terus activate atau reformat laptop saya? Kalau saya terus activate adakah akan effect kepada file yang ada?

Jawapan 1: Windows Vista (TM) Evaluation Copy adalah seperti demo atau versi percubaan. Ia bertujuan untuk memberikan pengguna menguji dan menggunakan Windows Vista sebelum mula mendapatkan versi penuh. Jika anda mempunyai produk key, anda boleh terus activate untuk menjadi versi penuh.

Selepas activate, tiada fail di dalam komputer akan hilang. Failnya masih sama dan tidak perlu untuk format semula. Kemudian anda boleh menggunakan Windows Vista tanpa sebarang gangguan activation kerana ia sudah menjadi versi penuh.

Soalan 2: Kalau screen laptop tiba -tiba sahaja jadi gelap (contohnya macam lampu yang kita on off berturut-turut), laptop saya masih on, .adakah masalah screen atau masalah daripada format tu?

Jawapan 2: Ini mungkin masalah setting pada power supply. Cuba periksa kembali setting power managemnet.

Terima kasih kepada Alwani yang sudi bertanya. Apa pandangan anda?