Salam sejahtera,
Sudah lama saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Bukan sibuk cuma ada sedikit masalah yang akan saya ceritakan dalam post kali ini. Saya memohon maaf kerana sudah lama tidak update.
Masalah utama adalah ketiadaan Internet.
Sebab utama adalah kabel telefon di kawasan perumahan saya dicuri.
Sebelum ini pernah terjadi juga kes sebegini tetapi tidak melibatkan kos kerugian yang besar tetapi kali ini paling dasyat. Pihak Telekom Malaysia (TM) sendiri tidak mahu bertanggungjawab dalam kes ini. Terpaksa menunggu insuran untuk melindungi dan menggantikan semula kabel tersebut.
Proses menunggu ini bukan sehari dua, dengar cerita sehingga 3 bulan lebih. Pihak pengurusan perumahan akan bertanggungjawab. Itu cerita orang sebab kami semua sewa sahaja di perumahan ini. Inilah Kuala Lumpur.
Jadi, apa altenatifnya sekarang. Saya dan rakan-rakan menggunakan internet broadband. Kalau selepas ini masih kena curi juga, memang amat terror-lah pencuri kabel ini sebab boleh curi talian tanpa wayar
hehe.
Saya berdoa semoga pintu hati pencuri itu terbuka menerima hidayah Allah sebab rezeki halal dan berkat Allah sudah sediakan di merata muka bumi. Nasib baik tidak jadi terserempak, kalau tidak alamatnya jadi debu la pencuri tu kena pijak
Jumpa lagi


Comments