Salam sejahtera pembaca budiman,
Jika berita hangat di Internet pastinya mendapat liputan luas media elektronik dan tidak ketinggalan juga media cetak.Tambahan pula berita hangat tersebut datangnya dari syarikat gergasi dunia Microsoft Corp dan Yahoo! Inc.Apa kes pulak ni?
Pada 1 Februari 2008 Microsoft telah menawarkan 44.6 billion dollar USD atau 31 billion USD untuk perkongsian untuk bergabung dengan Yahoo!,salah satu engin carian terbaik dunia selain Google.Walau bagaimanapun,Yahoo Inc telah menolak tawaran tersebut.Ini menyebabkan Microsoft menghadapi jalan buntu untuk menjayakan niat mereka.
Salah satu punca Microsoft Corp. ingin bergabung dengan Yahoo! Inc berdasarkan penurunan keuntungan berbanding Yahoo yang semakin meningkat terutamanya dalam bidang pengiklanan dan perkhidmatan online.
Mengikut statistik terkini,keuntungan Microsoft dalam perkhidmatan online (MSN,Windows Live,AQuantive dan sebagainya) adalah USD 2.8 billion berbanding kerugian sebanyak USD 949 juta.
Berikut merupakan statistik dari Hitwise dari gabungan bilangan traffik oleh Yahoo dan MSN.Kedua-duanya mempunyai 15.6 % pasaran Internet di Amerika Syarikat.Google pula hanya 7.7 % .

Jika anda perhatikan gambarajah di atas,nampak seperti Google telah jauh ketinggalan engin carian Internet tetapi dalam 4 minggu pertama bulan Januari 2008, Google telah mencapai 65.98% dalam engin carian Internet di Amerika Syarikat,tetapi gabungan carian Yahoo! Search and MSN Search hanya mencapai 27.84% dalam tempoh yang (rujuk rajah di bawah).

Jadi siapa lagi berkuasa?:)
Apa pandangan anda,jika anda adalah di pihak Yahoo Inc adakah anda akan bergabung atau tidak?
SumberĀ : www.computerworld.com,www.techcrunch.com,Yahoo! News
Mohd Zaini Ismail


Comments