Selamat pagi semua,

Pada artikel kali ini saya akan ceritakan tentang Internet pulak.Apa yang saya nak kongsi bersama pembaca adalah mengenai Error Code (kod rasmi untuk kesalahan semasa melayari internet) yang selalu dijumpai di browser anda.Ini berlaku apabila anda cuba menaip alamat URL/link, email dan juga laman web FTP (File Transfer Protocol).

Sebagai pengguna internet kita perlu peka dengan semua kod-kod yang terdapat dalam internet bertujuan untuk mengetahui makna yang tersembunyi disebalik kod-kod tersebut dan mencari penyelesaian untuk mengatasi dari berlaku.

Baiklah,berikut merupakan jenis-jenis kod yang biasa digunakan dalam penggunaan internet di seluruh dunia.antaranya:

400Bad File Request.Ini disebabkan oleh penggua tersilap menaip alamat URL domain tersebut dan server tidak dapat mengenal pasti URL tersebut.

401Unauthorized Page or Website.Pengguna sedang memasuki laman web yang memerlukan usernama dan passsword (kata laluan).Seperti ingin memasuki persekitaran router,cpanel dan server anda.

402Payment Required Error.Mesej ini terpapar berikutan pertanyaan untuk sesuatu servis tidah dapat dilaksanakan kerana masalah akaun di server tersebut.

403Forbidden @ Access Denied.Pengguna sedang memasuki sesuatu laman web dan telah disekat untuk memasukinya berikutan kesalahan memasuki username dan password.Lebih kurang macam 401 jugak.

404File Not Found.Server tidak dapat mencari dan memaparkan laman web yang dicari oleh pengguna.Ini kerana laman tersebut telah dipadam atau pengguna telah menaip alamat URL yang salah.

408Time Out Error.Klien server (seperti Mozilla dan Internet Explorer) telah memberhentikan arahan untuk membuka laman web tersebut sebelum server melaksanakan sepenuhnya arahan tersebut.

500Internal Error.Tidak dapat melaksanakan arahan HTML kerana kesalah an kongfigurasi di server.Pengguna perlu menghubungi pentadbir (administrator) untuk maklumat lanjut cara penyelesaiannya.

501Not Implemented.Web server tidak dapat melaksanakan arahan untuk carian tersebut.

502Server Temporary Overloaded.Server tidak dapat mengaktifkan laman web tersebut kerana jumlah traffik yang terlalu tinggi berikutan terlalu bnyak capaian ke web tersebut.

503Service Unavailable.Server terlalu sibuk atau telah dipindahkan.Berkemungkinan juga sambungan Internet telah terputus.

Baiklah,itu sahaja error code yang dapat diterangkan dalam artikel kali ini.Kemungkinan ada lagi error code yang terdapat dalam internet.Tapi saya belum habis lagi membaca.Dengan adanya kod-kod ini sekurang-kurangnya kita akan tahu kenapa sesutau laman tersebut tidak dapat dimasuki.

Anda tahu lagi sebarang error code di internet?Kongsi la dengan semua icon_smile.gif

zaini a.k.a Starline