Salam sejahtera pembaca budiman,
Jika anda penggemar internet dan ingin mendapatkan perkhidmatan internet murah dan stabil,inilah masanya.Celcom Broadband menawarkan harga yang cukup berpatutan.Hanya RM68.Maap yer saya bukan agen Celcom nak promote tapi cuma nak berkongsi info berguna ni buat semua yang sering mengeluh internet susah nak di akses kat merata-rata terutamanya pedalaman.
Sebenarnya benda ni dah lama dilancarkan oleh Celcom dan bagi saya ia lebih baik dari Maxis.Saya bukan nak bandingkan tetapi berdasarkan pengalaman banyak kawan-kawan saya yang telah menggunakan kedua-dua jenis broadband ini.Celcom Broadband menggunakan teknologi 3G untuk akses internet.Kalau kawasan yang tidak mempunyai 3G tetap boleh guna GPRS untuk akses internet tetapi lebih perlahan kelajuannya.

Ciri-ciri Celcom Broadband
- RM 68 maksimum speed adalah 384 kbps jika handphone mempunyai 3G dan berada dalam kawasan Celcom Broadband .
- Jika tidak ada 3G atau kawasan Celcom Broadband,anda boleh guna GPRS tapi speed antara 60-70 kps sahaja.Lebih laju dari anda guna dail-up.
- Kena ada 3G sim kad untuk dapat 384kbps kalau tidak hanya 112kbps (maksimum bandwith)
Apa anda perlu ?
- USB Modem
- Datacard
- 3G atau GPRS yang aktif dalam handphone
Untuk makluman,Celcom Broadband bagi pakej 3.6Mbps pula berharga Rm 98/sebulan.Murah la tu kan?.
Maklumat lanjut boleh layari Celcom Broadband di www.celcom.com.my
Peluang kemudahan sudah ada,cuma terpulang untuk kita nak mendapatkannya atau tidak.Tepuk dada buka minda.
starline


Comments