berita hard diskBanjir yang melanda Thailand dalam sejarah sejak 60 tahun telah menjadi semakin buruk. Setiap hari paras air meningkat dan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 376 orang. Berikutan itu, industri kecil dan besar turut terjejas. Jumlah  terjejas kira-kira 14000 buah kilang.

Ia termasuk juga industri pembuatan hard disk berjenama seperti Seagate dan Western Digital. Tahukah anda 40% pasaran dunia hard disk dunia  dibuat di Thailand. Disebabkan banjir, pengeluaran hard disk terjejas teruk di serata dunia.

Permintaan tinggi + pengeluaran rendah = harga mahal

western digital banjir thailandKilang pembuat hard drive, Western Digital ditenggelami air di Thailand

Oleh kerana pengeluarannya terganggu, ia memberi kesan yang besar kepada harga. Dilaporkan, harga hard disk akan meningkat 20% daripada harga biasa menjelang suku tahun hadapan.

Jika dahulu RM100, kini mungkin sudah jadi RM120. Disebabkan harganya yang meningkat, penjualan hard disk untuk 3 bulan terakhir 2011 akan menurun sebanyak 30% mengikut sesetengah kajian.

p/s: Jagalah komputer dan external hard disk dengan baik. Nanti takut tiada stok.