Sebagai seorang bloggers saya yakin ramai yang sudah tahu mengenai Nuffnang. Jika masih samar, boleh layari Nuffang.com.my. Bagi bloggers terutamanya bloggers tempatan, Nuffnang adalah salah satu pilihan utama untuk menjana pendapatan.
Nuffnang memberi peluang kepada bloggers meletakkan iklan para pengiklan mereka di blog anda. Pendapatan dikira daripada klik dan juga impression yang dilakukan pada iklan tersebut.
Bloggers mendapat sebagai pempamer (publisher) ditugaskan untuk mempamer iklan. Iklan tersebut datang daripada pengiklan (advertiser). Sementara Nuffnang sebagai medium perantaraan antara publisher dan advertiser. Kosepnya lebih kurang sama dengan Google Adsense.
Semua orang suka akan duit. Tidak kira dari sumber pasif mahupun aktif asalkan halal. Tetapi, dalam keghairahan menjana pendapatan dengan Nuffnang, ramai yang terlepas pandang. Akibatnya, undang-undang dilanggar dan etika tidak lagi dipatuhi. Bak kata pepatah, matlamat menghalalkan cara. Ini yang salahnya.
Apa sudah jadi dengan Nuffnang?
Sebenarnya, Nuffnang tidak bersalah tetapi bloggers itu sendiri. Sesetengah (bukan semua) bloggers mendaftar iklan Nuffnang untuk mendapat duit tetapi menyuruh para pelawat untuk klik iklan mereka. Pelbagai ayat-ayat manis digunakan untuk menarik perhatian ramai agar klik iklan Nuffnang. Ini salah kerana fraud klik!
contoh ayat manis:
“Sila la klik iklan ini”
“Bantu saya dengan klik iklan”
“Klik banner untuk bantu kami”
Iklan yang terpapar bukan saja-saja untuk di klik. Hanya jika seseorang pelawat blog anda berminat dengan iklan tersebut secara sukarela atau iklan tersebut memberi maklumat yang dicari olehnya baru dikira klik. Itupun bukan atas arahan kita.
Cuba bayangkan kes ini…
Anda seorang usahawan laptop. Jadi, anda menggunakan khidmat Nuffnang untuk mengiklankan laptop. Sebagai pengiklan sudah tentu anda perlu membayar kos pengiklanan kepada Nuffang dan jumlahnya sudah pasti tinggi. Kemudian iklan anda terpampang di blog-blog tempatan. Kemudian bloggers tersebut melakukan fraud click terhadap iklan anda.
Akhirnya, adakah anda akan terasa rugi beriklan? Kos anda laburkan tidak mendapat pulangan daripada pelanggan sebenar. Memang jumlah klik (fraud click) yang banyak tetapi hasilnya tiada.
Jadi, sebagai bloggers, beriklan dengan beretika. Jangan main kotor kerana duit. Ingatlah advertiser tersayang kerana tanpa mereka pendapatan anda tidak ke mana. Jangan sampai pengiklan lari, jangan sampai diban akaun dan akhirnya meratap air mata darah. Penipuan bukan jalan terbaik untuk dapatkan hasil yang banyak dengan Nuffnang.
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada langsung pendapatan”



Comments