Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Informasi IT

Salam sejahtera pembaca budiman,

Orang menipu ada di mana sahaja. Muka baik tidak semestinya hati pun baik. Macam mana rupa muka baik tu?

Begitu juga di internet, sudahlah tidak nampak muka, memang senang untuk menipu. Salah satunya melalui phishing yang sudah saya kongsikan pada post Phishing Website: Bagaimana Anda di Tipu?

Kajian Phising Email CIMB.

Phishing email hanya mempunyai satu tujuan. Mencuri data peribadi. Itu sahaja.

Klik pada gambar untuk besarkan

Saya dapat email di atas melalui email peribadi GMail. Biasanya Google amat pantas dan cekap dalam menghalang spam atau phising masuk ke Inbox tetapi yang ini boleh pula terlepas masuk.

Pelanduk selalu lupakan perangkap tetapi perangkap tetap sabar menanti!

Klik sahaja pada Click Here to Update akan terus ke laman web serupa dengan CIMB clicks. Di sini kita akan tertipu. Akibat terlalu takut kerana membaca kandungan email yang kononnya akaun CIMB bermasalah, kita dengan sengaja mengisi butiran akaun ke laman web itu.

Paling penting, sebelum login pastikan link url atas adalah dari CIMB dan bukan laman web lain seperti contoh di atas. Taip sendiri pada ruangan URL browser internet dan bukan klik dari email atau laman-laman web tertentu.

cimb url sebenar

Link CIMB sebenar (ada https & url penuh cimbclicks)

Jangan biar nasi jadi bubur…

pelayar internet google chromeSalam sejahtera,

Sudah lama saya tak kemaskini blog. Sebab utama talian internet belum dipasang di rumah baru. Selepas penat berfikir baik buruk, saya ambil keputusan untuk pasang Unifi. Bila masanya? Saya akan fikirkan kemudian. Mungkin secepat yang boleh.

continue reading…

pc depot komputerSalam sejahtera pembaca budiman,

Membeli barangan dengan harga berpatutan memang sentiasa menjadi keutamaan. Sama juga dengan barangan komputer. Salah satu tempat membeli barangan komputer adalah di PC Depot.

Pernah dengar? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga sebaliknya. PC Depot amat terkenal di kawasan utara Malaysia seperti di Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Apa yang menariknya di PC Depot?

continue reading…

AMD bulldozer

seagate barracudaPengeluar hard disk terkemuka, Seagate akan meningkatkan prestasi hard disk model Barracuda ke tahap yang lebih baik. Ini berikutan semua model hard disk sebelum ini hanya mempunyai 5400 RPM sahaja tahap processnya.

Seagate akan meningkatkan kelajuan sehingga 7200RPM. Tahniah, semakin tinggi RPM hard disk, semakin laju data dapat diproses.

continue reading…

Rangkaian Berita IT