Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejatera,
Antivirus memang penting untuk komputer. Tujuan utama adalah untuk menjaga data dan komponen komputer daripada serangan virus, spyware, malware dan trojan. Apabila ada antivirus sekurang-kurangnya dapat melindungi sistem komputer.
Kenapa saya kata sekurang-kurangnya?
Sebab utama adalah tidak semua antivirus di dunia dapat melindungi 100% keselamatan komputer saya dan anda. Ada virus dicipta khas untuk menembusi sesuatu antivirus. Namun, bukti kukuh masih lagi belum saya temui.
Saya pernah menggunakan ativirus percuma dan berbayar. Antivirus percuma yang saya gunakan adalah AVG Anti Virus dan Avast Home Edition. Antivirus percuma selalunya mempunyai ciri-ciri terhad dan jika inginkan full version kena dapatkan yang berbayar. Manakala antivirus berbayar adalah Kaspersky.
Tetapi apabila sudah pasang antivirus, pastikan selalu dikemaskini (update). Proses kemaskini antivirus boleh dilakukan menggunakan internet atau pun folder download. Tujuan utama adalah, antivirus anda bersedia dengan fungsi terkini untuk mengesan virus. Tujuan kedua adalah, virus setiap masa dan ketika sendiri dicipta dan dilancarkan di internet.
Berikut saya senaraikan beberapa antivirus yang boleh dimuat turun (download) secara percuma (trial version):
- AVG Antivirus 9.0
- AVG Free 9.0
- Avira AntiVir Personal – FREE Antivirus
- Panda Securiy
- Avast Home Edition
- BitDefender Free Edition
p/s: bersama membanteras virus…
ANTI-VIRUS 9.0
Popularity: 3% [?]








adakah antivirus avast itu kurang memuas kan dari segi protect komputer?dan ade orng kata avira paling memuaskan btl x?
Bagi saya semua antivirus itu baik. Paling penting kena selalu update
salam.
kalau ikutkan ranking, antivirus mana yg berada dalam senarai top 5???
Waalaikumussalam,
Ranking tu saya kurang pasti sebab semuanya hebat-hebat belaka
askum
nk tnya antivirus free version bagus x?
Bagus tetapi kurang spesifikasinya. Untuk asas (scan virus, spyware) boleh sahaja di install di komputer
salam,sy nk tnya kenapa ada program di pc sy tak boleh buka,atau stopped working.mintak tolong bantu sy..
Mungkin hang. Sesetengah program tak boleh open terlampau banyak, nanti crash. Macam Mozilla Firefox. Semua bergantung kepada kemampuan PC masing2