Mengenal CPU : Bahagian 1

2 Commented March 14 2008
Categorized Under: CPU, Hardware

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Saya memohon maaf sebab agak lama tidak menulis sebarang info mengenai komputer di blog Anjung PC ni.Bukan apa,agak sibuk.Orang cakap sibuk dunia tak ke mana :) Baiklah.post kali ini saya nak berbincang mengenai CPU iaitu satu perkakasan (hardware) komputer paling penting.Ia ibarat otak manusia.Bayangkan manusia tanpa otak,apa akan jadi?

Apakah CPU?

Di dalam sebutan English CPU bermaksud Central Processing Unit atau Unit Pemprosesan Pusat.Melalui maksud tersebut kita akan dapat gambaran maksud sebenar CPU iaitu pusat utama atau ‘ibu pejabat’ bagi sesebuah komputer untuk melaksanakan segala arahan komputer.Kebanyakkan dari kita menyebut processor.

Unit untuk mengukur kelajuan CPU adalah GHz.Contohnya saya membeli:

Intel® Core™2 Duo Desktop Processor E8500

  • Kelajuan adalah 3.16 Ghz
  • Cache 6 Mb
  • Bus Speed 1333 Mhz

Di bawah merupakan antara gambaran CPU

amd_anjung.jpg

Model AMD Athlon CPU

 

intel_anjung.jpg

Model INTEL Pentium 4 CPU


Fungsi CPU adalah:

  1. Mendapatkan arahan komputer
  2. Memproses data
  3. Mentafsir data
  4. Menulis data

Ramai orang salah faham mengenai CPU.Apabila di tanya di mana CPU komputer?Ramai akan tunjuk kepada perumah komputer (computer case).Sebenarnya jelas dan terang ianya salah.CPU merupakan komponen komputer yang berada di dalam computer case.Apabila anda membuka computer case,anda akan dapat melihat CPU dilindungi kipas dan head sink pada motherboard yang bersebelahan dengan RAM.Berbentuk bar dan selalunya berwarna hitam.CPU dilindungi kipas untuk mengekalkan suhu agar tidak terlalu panas dan berada dalam keadaan stabil untuk menjalankan sebarang arahan komputer.

Selamat membaca :)

Panduan Mudah Memformat komputer
Artikel komputer menarik:

Popularity: 7% [?]

Bacaan tambahan

2 Comments

  • At 2009.05.07 12:22, ranyliq said:

    Which better, T4200 or T3400?
    thanx.

    • At 2009.05.07 17:15, Mohd Zaini Ismail said:

      Kedua-duanya adalah baik cuma ditambah ciri-ciri baru sedikit sahaja saya rasa.

      Pandangan peribadi sahaja

      (Required)
      (Required, will not be published)