Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Website Pilihan

lajukan loading blogSalam sejahtera,

Apa cerita website Malaysia yang digodam Anonymous semalam? Sudah baik atau belum? Harap tiada sebarang gangguan. Bukan apa, bimbang Anonymous akan terus godam sampai kepada website berbentuk blog. Minta simpang jauh-jauh.

continue reading…

Salam sejahtera,

Apabila sesuatu laman web/blog dibina, tujuan utama adalah untuk mendapat bilangan pengunjung (trafik ) yang tinggi. Semakin ramai pembaca dan pelawat, semakin baik dan  popular blog/website tersebut. Salah satu tools paling berkesan untuk menilai statistik website/blog adalah melalui Alexa. Boleh layari Alexa.com untuk malumat lanjut.

Di Alexa, sesuatu blog/laman web dinilai berdasarkan beberapa kriteria;

1. Alexa Traffic Rank – Ranking website anda berbanding website di dunia.

2. Traffic Ranking by Country – Ranking Website anda dirank oleh sesuatu negara.

3. Reach – Jumlah capaian ke website

4. Pageview – peratusan pelawat disetiap muka surat website dan sebagainya.

Alexa hanya memberi statistik data untuk website/blog yang mempunyai ranking di bawah 100000.

Apa kepentingan Alexa;

1. Anda boleh melihat dan menilai pencapaian sesuatu website. Peratusan untuk 1 bulan, 3 bulan dan maksimum boleh diperolehi dari laman web tersebut.

2. Tujuan pengiklanan. Jika akan berhajat untuk  menyewa ruang iklan di sesuatu laman web dan anda mempunyai beberapa laman web pilihan, Alexa boleh memberikan anda perbezaan dan penilaian lebih baik. Hanya masukkan url website tersebut pada carian Alexa dan lihat data yang diberikan.

3. Melihat website atau blog popular di seluruh dunia dan juga dalam negara tertentu. Contohnya, sehingga artikel ini ditulis, ranking website popular di Malaysia adalah:

1. Facebook

2. Google Malaysia

3. Google International

4. Yahoo

Jadi, rupanya orang Malaysia memang suka bersosial dan berhubung sesama sendiri :)

Sebagai tambahan, Alexa juga menyediakan toolbar untuk anda install pada browser internet. Secara automatik, apabila anda melayari sesuatu website, ranking website akan terpapar dan anda dapat menilai secara kasar tahap sesuatu website tersebut.

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Review minggu ini adalah mengenai satu laman web forum. Kelab Malaysia dengan tag Komuniti Terhangat di Malaysia. Ramai yang sudah tahu kegunaan forum. Tempat meluahkan segala masalah, bertanya, lepas dendam, berbual kosong dan paling banyak adalah mempromosi diri sendiri.

Banyak kepentingan kita berforum. Boleh baca artikel saya di Kepentingan Berforum di Internet.

Saya baru sahaja join forum tersebut. Tujuan utama adalah mencari info sambil mepromosi website-website saya. Kelab Malaysia menawarkan kepada saya ruang untuk berbincang dengan ahli menyumbang pandangan dengan bernas.

Kali pertama saya jumpa forum tersebut terus jatuh hati sebabnya, sempoi. Kenapa sempoi? Disebabkan dengan interface dan icon yang menarik.

Sebelum berforum pastikan tidak membuat spam dengan iklan yang merapu-rapu. Paling tidak digemari adalah skim cepat kayap. Boleh dikatakan forumer-forumer baru akan membuat kesalahan ini, mempromosi membuat tuli. Ruangan signature adalah salah satu cara terbaik dalam mempromosi servis atau barangan di forum. Jangan sampai kena ban!

Jika anda suka berforum, join Komunit Terhangat di Malaysia!

UPDATE: Forum Anjung PC ditutup buat sementara waktu. Harap maklum.

Ramai orang bertanya mengenai komputer saban hari. Pelbagai pertanyaan sama ada hardware dan software, games dan cara konfigurasi komputer untuk jadi lebih baik. Begitu juga dengan laptop seperti harga dan spesifikasi yang sesuai kepada pengguna.

Sebagai perbincangan tambahan, saya telah mewujudkan satu forum ringkas mengenai komputer. Anda boleh layari forum.anjungpc.com. Moga kita sama-sama mendapat manfaat.

Jemput ramai-ramai memeriahkannya!

Klik untuk ke FORUM Anjung PC dot Com

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Semalam seperti biasa saya akan kunjungi forum Wang Cyber ada terbaca satu post dalam forum Wang Cyber mengenai satu website yang dapat menukarkan gambaran website  kepada bencana alam yang dipilih.Memang kreatif web master website tersebut.Ini lah yang dinamakan niche sebab lain dari lain dan saya rasa tiada lagi website sebegini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari sendiri website www.netdisaster.com dan alami sendiri bencana alam di website pilihan anda.Ikut sahaja arahan diberi.Lagi best kalau try kat website sendiri :)

Kredit to my fellow WC friend ijamiday :)

Selamat maju jaya.

Artikel komputer menarik:

Rangkaian Berita IT