Salam Ramadhan buat pembaca Muslim & salam sejahtera buat yang lain,
Siapa tidak tahu Google? Jika anda pengguna internet, Google mungkin tidak asing lagi. Salah satu enjin carian data terbesar dan paling popular di dunia. Ranking Alexa Google.com adalah no 1 dunia dan capaian melebihi 1 billion page view setiap hari. (sumber Alexa.com).
Kenapa Google begitu popular? Jawapan paling mudah, kerana ia memberikan segala jawapan kepada setiap pertanyaan manusia. Jika tidak menjumpai jawapan yang diminta, sekurang-kurangnya memberikan idea untuk menyelesaikan masalah.
Penyelesaian masalah komputer
Salah satu masalah yang biasa dihadapi adalah berkaitan komputer. Umum mengetahui, tidak semua orang boleh 100% pakar dalam setiap inci bidang komputer. Walaupun mempunyai sijil dan kelulusan, namun masih ada lagi kelemahannya.
Jadi, Google memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini. Cuma taip sahaja masalah tersebut dan akan terhasil beberapa maklumat berguna kepada kita. Sudah tentu, jalan penyelesaiannya juga ada bersama.
Pengalaman saya
Perkara pertama yang saya akan guna jika terdapat masalah berkaitan komputer adalah Google. Contohnya, saya menjumpai satu error pada hard disk komputer iaitu semasa ingin menyalin dari hard disk komputer ke external hard disk.
Jadi saya menggunakan error tersebut dan taip pada Google. Hasilnya, ada banyak website, forum dan perbincangan mengenai error code tersebut. Juga disertakan cara penyelesaiannya. Dengan mudah saya dapat menyelesaikan masalah tersebut.
P/s: Gunakanlah Google untuk sebarang masalah sebelum mendapatkan pandangan orang lain. Kerana orang lain juga menggunakan Google untuk membantu anda. Percayalah!