Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Tips

Salam sejahtera,

Pada masa kini blog menjadi kegilaan para pengguna Internet. Selain Facebook yang kini menduduki carta No.1 di Malaysia sebagai website paling popular (Rujuk Alexa.com), blog pula dijadikan platform untuk meluahkan pendapat, idea dan kritikan.

Ramai serius blogger menggunakan domain dan hosting berbayar untuk menjalankan aktiviti blogging kerana lebih profesianal berbandaing percuma. Contoh paling mudah adalah blog.anjungpc.com, blog saya sendiri. Domain asalnya adalah anjungpc.com. Kemudian saya jadikan sub-domain blog.anjugngpc.com untuk tujuan blogging.

Setelah nama domain dibeli, ia akan di simpan di dalam web hosting untuk tujuan blogging dan sebagainya. Pemilihan web hosting berbayar juga perlu di ambil kira. Ia untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati terhadap servis hosting, masalah kehilangan data dan laman web tidak dapat diaktifkan di internet. Banyak syarikat menawarkan web hosting di dunia dan tidak kurangnya juga Malaysia. Ada yang bagus dan ada yang sebaliknya.

Jadi, bagaimana untuk memilih web hosting yang bagus, berbaloi dan selamat?

1. Uptime statistik

Uptime adalah perkara utama dalam pemilihan hosting. Secara mudahnya, uptime adalah kebolehan server hosting untuk sentiasa aktif 24jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Apabila sentiasa aktif, website atau blog kita juga akan aktif dan dapat dilayari. Kebanyakkan web hosting berbayar akan memberi jaminan sehingga 90% uptime kepada anda. Semakin tinggi uptime yang diberikan semakin bagus untuk dijadikan pilihan kepada hosting tersebut.

2. Backup File

Ini juga amat penting untuk keselamatan website/blog anda. Adakah web hosting tersebut menawarkan servis backup data? Jika ya, ia amat bagus untuk anda menyimpan data anda jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan pelampung sebelum tenggelam.

3. Perbandingan harga

Untuk tujuan perbandingan harga, anda boleh senaraikan beberapa web hosting yang mempunyai ciri-ciri kegemaran dan kemampuan anda. Senaraikan pro dan kontra servis yang akan anda dapat dan buat perbandingan harga. Pilih mengikut saiz hosting dan juga bandwidth (ini yang saya praktikan sebelum membeli hosting)

4. Jenis laman web yang akan dibina

Sesetengah hosting meletakkan harga yang murah tetapi saiz hosting adalah kecil. Jika anda ingin membuat satu laman web berbentuk download dan upload, pakej tersebut adalah tidak sesuai. Ini kerana laman web download dan upload memerlukan saiz fail download yang besar dan juga bandwith yang tinggi kerana laman web sebegini memang menjadi pilihan pengguna internet. Keperluan laman web anda dan juga web hosting mestilah selari dan sesuai.

5. Website Statistik

Tujuan utama adalah untuk melihat dan membuat analisa pengunjung ynag datang ke website anda. Selain itu, website statistik adalah untuk melihat carian kata kunci pengguna sehingga sampai ke website anda, lokasi, waktu dan trend carian. Jika menggunakan cPanel, website statistik adalah Awstat. Untuk pengguna internet, Google Analytic adalah salah satu servis yang baik untuk tujuan mengkaji kebolehan website anda.

bersambung…

Salam sejahtera,

Apa itu ping?

Ping bertujuan untuk mengetahui sama ada sesuatu destinasi (destination) itu wujud atau tidak. Ping dihasilkan daripada sumber utama (source). Jika destinasi itu wujud ia akan bertindak balas dengan memberitahu statusnya. Contoh sukan yang menggunakan konsep ini adalah ping pong.

Contohnya apabila kita menggunakan command prompt untuk ping sesuatu laman web. Jika hasil ping adalah reply, bermakna laman web tersebut masih lagi aktif.

Di bawah adalah contoh laman web yang saya ping. Apabila lakukan proses ping, website tersebut memberi tindak balas yang positif. Jadi, laman web tersebut aktif.

Sebenarnya, ping ini mendapat ilham daripada perbualan dan hubungan kita setiap hari. Misalnya, apabila kita ke rumah rakan kita akan memberi salam (proses ping daripada sumber). Jadi hasilnya ada dua:

1. Salam kita dijawab. Proses ping dua hala berlaku dan berjaya kerana ada tindak balas yang positif.

2. Salam kita tidak dijawab. Adakah rakan kita tiada di rumah? Keluarkah atau sudah pergi tak kembali?  Tiada tindakbalas. Jadi kita tahu rakan kita tiada di rumah.

Sebagai pengguna internet dan networking tegar, aplikasi ping seperti command prompt adalah salah satu benda wajib. Tujuan utama untuk menyemak status destination sama ada aktif atau sebaliknya.

Apa kita boleh buat dengan ping?

1. Jika internet bermasalah (down), cuba ping laman web kegemaran anda menggunakan command prompt. Jika ada reply bermaksud talian internet anda masih lagi mempunyai sambungan. Mungkin bermasalah kepada DNS dan browser anda.

2. Bertegur sapa seharian. Gunakan konsep ping untuk berbual, bertanya khabar dan berbincang.

3. Ping blog atau website anda guna Pingler.com. Satu website yang dapat memberitahu search engine maklumat terkini/update blog.

Ada lagi contoh ping?

Salam sejahtera,

Gmail merupakan salah satu email percuma yang disediakan oleh Google. Statistik terkini pengguna Gmail diseluruh dunia pada 2008 adalah 91.6 juta pengguna.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk setting Vacation Responder pada Gmail. Vacation responder berfungsi untuk membalas email secara automatik kepada pengirim email (sender).

Kebiasaannya, setting ini digunakan apabila penerima email (recipient) tidak dapat membalas email tersebut pada waktu tersebut. Setelah email di hantar, vacation responder akan membalas satu email pengesahan terus kepada akaun email pengirim.

Bagaimana untuk setting Vacation Responder? continue reading…

Salam sejahtera,

E-book (e-buku) dan book (buku). Apa bezanya?

1. E-book adalah versi digital yang hanya boleh di akses menggunakan komputer, PDA dan sebagainya. Sesuai dengan namanya e-book (electronic book). Manakala, buku adalah produk fizikal yang boleh di pegang, sentuh dan mempunyai halaman kertas.

2. E-book biasanya ditulis menggunakan software tertentu seperti Microsof Office dan Open Office dan kemudiannya di tukar kepada Adobe Reader untuk bacaan. Buku pula ditulis di atas kertas biasa.

3. E-book hanya terdapat di internet sahaja. Buku boleh di dapati di kedai-kedai buku.

4. Penghantaran e-book selalunya menggunakan medium internet seperti menggunakan email dan link di laman-laman web tertentu. Tidak seperti buku, penghantarannya melalui pos atau perlu dibeli sendiri di kedai buku.

Contoh ebook adalah Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer. Manakala contoh buku seperti novel, buku memasak, buku motivasi dan sebagainya.

5. E-book boleh ditukar kepada buku begitu juga sebaliknya.

6. Konsep dan matlamat e-book dan buku adalah sama iaitu untuk menyampaikan ilmu kepada pembacanya.

Salam sejahtera,

Moga semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Sudah hampir dua bulan saya tidak kemaskini blog. Tiada alasan yang kukuh untuk sebab itu.

Ramai orang suka website/blog dikunjungi ramai orang. Paling seronok bila ada orang respon terhadap setiap post di dalam blog. Berkongsi pandangan dan kritikan.

Tetapi bagaimana untuk tingkatan traffik website makin hari makin banyak pengunjung?

1.Iklankan laman web atau blog.

2. Beritahu rakan iaitu dari mulut ke mulut

3. Facebook, YM dan sebagainya

Jadi jawapannya promosi. Jika promosi, bagaimana promosi  yang paling berkesan?

Saya tahu anda semua ada jawapannya…

Rangkaian Berita IT