Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Tips

Salam sejahtera,

Artikel kali ini adalah sambungan daripada artikel Kenapa Komputer Anda Perlahan? Pada artikel lepas, saya berkongsi sebab-sebab utama sesuatu komputer boleh menjadi perlahan. Artikel kali ini adalah cara mengatasi komputer/laptop yang perlahan.

Baiklah, rujuk semula 5 perkara sebelum ini. Saya akan senaraikan semula punca dan juga jalan penyelesaiannya.

Punca 1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi

Penyelesaian 1: Program yang mempunyai memori yang tinggi perlu beserta dengan RAM yang tinggi. Cara paling mudah, buka program yang menggunakan memori yang tinggi dan tutup/matikan program lain.

Contohnya, jika anda membuka permainan komputer (games) yang semestinya akan menggunakan memori yang tinggi, tutup/matikan aplikasi lain seperti Internet Explorer, Antivirus dan juga apa sahaja program yang tidak digunakan ketika itu. Jadi, RAM dan processor akan tertumpu ke satu program sahaja dan secara tidak langsung akan melajukan komputer anda.

Punca 2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)

Penyelesaian 2: Cara paling mudah anda matikan sahaja program tersebut. Gunakan fungsi disable pada option atau jangan run semasa loading windows. Semua setting ini ada pada option/preference pada setiap program.

Untuk hilangkan program pada startup boleh gunakan System Configuration Utility. Caranya Klik pada Run -> msconfig dan tekan OK. Terus ke Startup tabs dan untick pada program yang tidak diperlukan semasa startup komputer.

Punca 3: Ruang hard disk yang terhad

Penyelesaian 3:  Tiada cara lain melainkan menambah saiz hard disk atau membuang sebarang perisian yang tidak digunakan pada komputer anda.

Anda juga boleh gunakan fungsi scandisk dan juga defragment pada hard disk. Anda juga boleh lakukan menggunakan perisian CCleaner.

Punca 4: Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.

Penyelesaian 4: Update dan scan seluruh komputer. Satu tips daripada saya, pastikan scan setiap pendrive yang dipasang pada komputer. Pendrive memang mudah berjangkit dari satu PC ke PC yang lain. Virus bergerak semudah kita membawa pendrive ke mana-mana. Jadi, berhati-hati.

Punca 5: Memori (RAM) yang rendah

Penyelesaian 5: Cara paling mudah anda perlu tambah RAM atau kurangkan program yang dipasang pada komputer. Install hanya ikut keperluan sahaja.

Selamat mencuba dan saya masih lagi menantikan idea-idea bernas daripada anda!

Salam sejahtera,

Post kali ini cuma sekadar santai pada bulan Ramadhan. Saya ada baca satu thread di forum kegemaran saya, WangCyber.com. Pada forum itu ada ditunjukkan bagaimana kita dapat tentukan jantina notebook berdasarkan bunyi yang dihasilkan.

Ini sekadar santai dan lebih kepada keseronokan semata-mata. Jantina notebook ditentukan oleh bunyi yang dihasilkan selepas kita buat beberapa perkara.

Bagaimana? Ikuti langkah di bawah:

1. Buka Notepad

2. Taip  CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU”

3. Kemudian klik Save as sebagai i love you.vbs

4. Tutup fail tersebut dan kemudian buka semua fail tadi. Pastikan komputer/notebook anda ada bunyi.

Jika notebook, kebanyakkannya bunyi suara wanita. Saya cuba di komputer/PC saya, bunyi suara lelaki. Jadi, PC saya lelaki!

Selamat mencuba.

kredit kepada http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/33066-rahsia-jantina-laptop-kita.html

Salam sejahtera,

Selepas format notebook model ASUS K40IJ dengan WIndows 7 ada satu masalah yang berlaku. Semua driver telah berjaya install tetapi gambar pada webcam terbalik. Kepala di bawah dan badan di atas. Ini memang biasa terjadi kepada model ASUS k40IJ tetapi saya kurang pasti jika ia berlaku kepada semua jenis model ASUS.

Jadi, penyelesaian paling mudah adalah internet. Setelah mencari dan mencari, saya menjumpai satu forum yang amat berguna kepada pengguna notebook ASUS. Masalah utama adalah ketepatan driver dengan model notebook. Hardware ID untuk webcam perlu tepat dengan jenis driver.

Berikut saya senaraikan link untuk rujukan anda:

1. Link untuk mengetahui jenis dan nama webcam driver pada notebook, Klik di sini

2. Link untuk memuat turun (download) driver webcam. Klik di sini

Kemudian, selepas install dan cuba, ianya berjaya menjadi normal semula. Cara untuk cuba webcam adalah dengan menggunakan Yahoo Messenger.

Selamat mencuba.

Salam sejahtera,

Anda tentu suka melanggan berita, info dan cerita melalui email. Contohnya melanggan artikel-artikel terkini di blog kegemaran anda.

Bagi pengguna Facebook, tentu anda sering mendapat maklum balas (notification) melalui email. Jika ada post atau komen terbaru yang berkaitan dengan akaun anda, pasti satu email akan masuk ke inbox anda.

Jadi, bagaimana untuk menyusun setiap email yang masuk ke inbox anda? Susunan email berdasarkan label tertentu akan memudahkan urusan anda untuk melihat, menyemak dan membaca.

Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan tips bagaimana untuk konfigurasi email Gmail anda supaya setiap email yang masuk akan menjadi lebih mudah, tersusun dan tidak memeningkan kepala anda.

Email Filtering

Jika anda pengguna Gmail, terdapat satu konfigurasi (setting) untuk tujuan menapis dan menyusun email. Berikut adalah beberapa langkah mudah:

1. Pertama sekali buat satu label dengan klik pada Setting - Labels

2. Terus ke bahagian Labels dan masukkan nama label yang dikehendaki contohnya Artikel. Kemudian klik pada Create

3. Kemudian, klik pula pada Filters. Klik pada Create a new filter. Pada ruangan From adalah alamat email pengirim. Contohnya, jika pengirim anda adalah dari  support@anjungpc.com maka, masukkan email tersebut dan kemudiannya klik Next.

4. Tandakan pada Skip the Inbox (jadi setiap email daripada support@anjungpc.com tidak akan memasuki inbox) dan tandakan juga pada Apply the label (pilih Artikel).

5. Akhir sekali klik pada Apply the Filter.

Sekarang anda boleh lihat satu Folder/link artikel berada di bahagian kiri Gmail. Setiap kali artikel daripada support@anjungpc.com dihantar ke email anda. Ia secara automatik akan terus ke folder/link Artikel. Jadi, ia mudah, menarik dan tersusun.

Selamat mencuba.

Salam sejahtera,

Pada masa sekarang ramai orang mencari kerja. Tidak kira sama ada melalui surat khabar, iklan tampal di dinding mahupun secara online. Banyak kerja ditawarkan dan lebih banyak pekerja yang memerlukan. Secara kasar, permintaan lebih tinggi daripada pasaran. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, untuk mendapatkan wang menyara hidup, apa sahaja kerja yang datang diterima dengan hati terbuka.

Mencari kerja secara online sudah menjadi trend pada masa sekarang. Tidak kira lepasan univerisiti/kolej/SPM ataupun untuk peningkatan kerjaya anda sendiri. Jadi, tujuan post kali ini adalah untuk berkongsi antara laman web yang menawarkan perkhidmatan mencari kerja secara online.

Apa yang anda perlu lakukan:

1. Daftar sebagai ahli biasanya adalah percuma. Berhati-hati kepada laman-laman web yang memerlukan ada membayar untuk mendaftar.

2. Lengkapkan resume/CV selengkap dan sebaik mungkin

3. Mohon jawatan yang bersesuaian dengan anda.

Berikut antara laman web yang biasa digunakan oleh saya semasa mencari kerja:

  1. JobStreet.com.my
  2. JenJobs.com
  3. JobsDB Malaysia
  4. Jobs Malaysia
  5. Malaysian Career
  6. TM Career
  7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Jika ada tambahan, di harap dapat berkongsi untuk kebaikan bersama. Selamat mencari kerja dan semoga berjaya!

Rangkaian Berita IT