Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Terkini

Salam sejahtera,

datuk-ahmad-basri.jpgSebagai salah seorang peminat setia skuad bola sepak Kedah (HIJAU KUNING), saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Ahmad Basri Akil, timbalan presiden, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) atas permergiaannya.

Seorang yang amat saya kagumi kerana kelatangan mengkritik cara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membangunkan bola sepak dan sehingga kini FAM masih lagi terumbang-ambing memandu bola sepak negara.

Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil adalah insan pertama mencadang dan meneruskan akademi bola sepak walaupun tidak dipersetujui FAM. Namun hasilnya, akademi bola sepak Kedah kini telah melahirkan bakat-bakat muda yang terbukti berkesan. Lihat sahaja pembangunan dan kecermerlangan bola sepak Kedah kini.

Saya buka berniat berat sebelah kepada Kedah tetapi perancangan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil itu ada benarnya kerana sudah terbukti Kedah mampu menjadi antara lawan digeruni melalui pemain-pemain mudanya.

Semoga roh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, yang berusia 69 tahun pada 25 April lalu, dicucuri rahmat oleh Yang Esa.

Al Fatihah

Sumber : www.utusan.com.my, www.hmetro.com.my

Salam sejahtera,

Sedikit makluman kepada saudara/i pembaca sekalian,saya membuka kembali jualan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer.Setelah pulang dari bercuti dan melakukan sedikit penyelenggaraaan ke atas laman web jualan,akhirnya dapat juga saya jalankan jualan kembali.

Jadi kepada sesiapa yang belum mendapatkannya,boleh dapatkan di www.anjungpc.com.Kepada 2 orang pembeli pakej 2 yang bertuah akan menerima sekeping CD Linux Ubuntu secara percuma.

Update terkini : Pembeli bertuah tersebut telah menerima hadih CD Linux Ubuntu!

Mohd Zaini Ismail

Salam sejahtera,

Mulai esok,saya akan bercuti dan pulang ke kampung.Dalam masa tersebut saya tidak akan aktif berblog dan hanya akan aktif kembali pada 20 Mei 2008.Bukan apa,sudah lama tidak pulang ke kampung.Rindu pada keluarga,mak ayah dan anak sedara yang menanti di kampung.

Al-maklumlah,peperiksaan semester ini sudah tamat dan semester depan ada lagi (semester akhir).Bagus jugak rehat sekali-sekala hilangkan tekanan dan masalah semasa belajar.

eBook Panduan Memformat Komputer juga akan diberhentikan sementara waktu jualannya sehingga saya maklumkan kembali.Ini untuk proses penyelenggaraan pada eBook dan website jualan tersebut.Kepada sesiapa yang belum mendapatkan eBook tersebut,sila berbuat demikian kerana saya akan memberhentikan sementara jualan bermula pada 8 Mei 2008 jam 11.30 malam ini.

Jadi kepada sesiapa yang inginkan jualan murah,dapatkan sekarang di www.anjungpc.com

Moga jumpa lagi..peace :)

Mohd Zaini Ismail

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera pembaca budiman,

birthday_apc.jpg

Hari ini genap umur saya 23 tahun.Rupanya dah tua dah.Pejam celik pejam celik sudah lama kehidupan saya ini dan hari ini genap sudah ulang tahun perkahwinan kelahiran saya yang ke-23.

Syukur alhamdulillah saya panjatkan kerana dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki.

Sempena ulang tahun saya ini,ada berita baik buat anda semua.Anjung PC memberikan potongan harga sebanyak RM 10.00 untuk eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer iaitu bagi Pakej 1 dan Pakej 2.

Promosi ini saya lakukan untuk memberi peluang pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan eBook tersebut pada harga rendah.Inilah masanya yang sesuai buat anda semua.

Saya lakukan promosi ini juga untuk memberi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini banyak membantu saya.Tanpa mereka siapalah saya sebenarnya :)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi terbaru ini layari www.anjungpc.com.Dapatkan sekarang sementara masih segar :)

Mohd Zaini Ismail

uitm1.bmpSalam sejahtera,

Semalam tengah surf internet,kawan saya datang bagitau yang website Universiti Teknologi Mara kena ceroboh (hack).Orang yang hack tu nama CuciOtak.Tak tahu la siapa CuciOtak ni.Korang boleh tengok kat print screen kat sebelah (klik kanan dan view image) atau layari sendiri website www.uitm.edu.my

Sehingga ke saat ini (15 April 2008 jam 1.25 pagi),pihak admin UITM belum lagi membuat sebarang pembetulan ke atas website tersebut.Tahap keselamatan yang kurang mungkin faktor utama terjadi masalah ini.Dahulu pernah kecoh jugak website kementerian kena hack.Ini website UITM pulak.

Kepada semua yang membaca atau melayari blog ni dan kenal admin website tersebut,sila maklumkan segera.Takut jadi benda lain pulak nanti :)

starline

Rangkaian Berita IT