Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Terkini

Salam sejahtera,

Ini bukan skim kaya tapi sebab motosikal aku. Aku baru guna motorsikal ini belum sampai dua bulan. Meter pun belum sampai 1000km lagi.

Semalam aku hendak ke tempat kerja pada pukul 1.00PM, tengok kunci motorsikal aku sudah kena tebuk. Ada cubaan mencuri. Kesannya aku kena tukar kunci baru dan beli lock baru. Kosnya untuk petang itu sahaja sudah RM100. Kemudian aku ke tempat kerja seperti biasa. Shift aku waktu petang dari pukul 1.30PM sampai 11.00 malam. Aku parking motorsikal dalam kawasan perumahan yang ada jaga (guard).

Bila waktu balik, aku tengok lampu motorsikal aku dan side mirror sudah hilang kena curi. Waktu tersebut pukul 11.15 malam. Kosnya aku baiki RM100 jugak. Dalam masa kurang 24jam sudah hilang RM200 duit aku. Pening, takut dan trauma aku satu hari. Buntu tidak tahu macam mana lagi patut aku buat. Ini pun dalam kawasan jaga tambahan parking berbayar lagi.

Kesimpulannya, aku harap anda semua yang membaca post ini, doakan motorsikal aku dan semua pemilik kenderaan agar selamat. Aku nak bagi tips keselamatan pun aku tidak tahu macam mana. Aku tahu cuma parking tempat orang ramai dan kunci kenderaan terutama motorsikal dengan secukupnya.

Buat semua pencuri motorsikal di luar sana, aku haramkan setiap benda yang kau usik dari motorsikal aku. Sampai mati aku tak maapkan! Aku tuntut setiap benda kau amik di akhirat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1 Muharram 1430  jatuh pada 29 Disember 2008 kurang 3 hari sebelum tahun baru 2009. Azam hijrah iaitu azam perubahan dari yang baik kepada lebih baik dan lebih baik kepada tahap paling baik. Bagi yang tidak baik tentulah kena berubah ke arah lebih baik.

maal-hijrah.gif

Kita selalu mengharapkan hanya apabila tiba tahun baru sahaja kita menanam azam untuk berubah. Ada yang ingin berhenti merokok. Satu azam yang baik tetapi dengan azam sahaja tanpa usaha ibarat angan-angan Mat Jenin.  Akhir sekali semakin kuat kita merokok.

Sambutan Ma’al Hijrah setiap tahun meriah tetapi sambutan tahun baru Masihi lagi lagi dan lagi meriah.  Rakyat sanggup keluar malam menanti tiba detik 1 Januari setiap tahun. Diadakan konsert besar-besaran, sambutan seluruh negara dengan ketibaan orang-orang kenamaan.

Maal Hijrah disambut dengan hanya segelintir penduduk dan rakyat. Bahang kehangatan tahun baru Masihi tidak sama. Ia ibarat di anak tirikan segelintir ‘orang-orang besar’.

Apa sudah jadi?

Sempena Tahun Baru Hijrah 1430, saya ingin mendoakan seluruh umat Islam Malaysia dan dunia bertambah baik dari segala bidang sama ada ekonomi, pendidikan dan sahsiah diri.

Apa hijrah anda untuk tahun ini?

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam seluruh dunia khasnya rakyat Malaysia. Bahang kemerdekaan disambung dengan perjuangan umat Islam meneruskan rukun Islam ke-4 iaitu puasa di Bulan Ramadhan.

doa.jpgramadhan.jpg

Tiap kali bulan Ramadhan, kita akan lihat bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan dan menawarkan jutaan makanan dari rakyat Malaysia. Jadi, pertama, jangan membazir ketika membeli makanan!.

Bulan Ramadhan melatih manusia menjadi seorang yang lebih menginsafi diri tentang kekurangan dan dosa kita kepada Allah. Betapa kecil dan hinanya kita selama ini jika asyik bergelumang dengan dosa dan maksiat. Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia tingkatkan keimanan kita. Oleh itu, insaflah diri dan mulakan tekad untuk berubah!

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan budaya makanan yang mewah dan banyak. Amat mustahil jika seorang rakyat Malaysia tidak cukup makan. Ada sesetengah orang makanan sentiasa ada dimulut. Maknanya makanan sentiasa ada dan seharusnya bersyukur atas nikmat Allah Taala berikan. Jadi, bulan puasa mengajar kita tentang kesusahan fakir miskin menahan lapar dan dahaga setiap hari untuk meneruskan hidup. Hargai nikmat yang ada!

Saya berbicara sebenarnya dengan diri sendiri dan seharusnya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini. Untuk kawan-kawan semua, selamat berpuasa, jangan tinggal puasa dan jangan berpura-pura puasa :)

Mohd Zaini Ismail

Dapatkan Demo Version Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer secara PERCUMA sekarang! Layari www.anjungpc.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pirate.jpgKita kerap kali manusia melayari Internet. Banyak tujuan. Banyak ilmu yang ingin di kutip dalam dunia maya ini. Sesetengah orang melayari Internet untuk mengetahui isu-isu semasa, memuat turun lagu-lagu, mencari video dan tidak ketinggalan juga menggunakan internet untuk menjalankan perniagaan. Secara umumnya, manusia melayari Internet untuk mencari maklumat.

Muat turun lagu (download) sudah menjadi satu kemestian kepada pengguna. Jika inginkan sesuatu lagu cuma taip sahaja nama lagu di web carian seperti Google dan Yahoo dan hasil carian akan terpapar untuk dipilih. Laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan memuat turun lagu akan terpapar dan hanya perlu menggunakan fungsi carian untuk mencari lagu kegemaran.

Sesetengah laman web juga menyediakan perisian (software) sebagai perantara untuk memuat turun lagu dengan lebih cepat, mudah dan berkesan. Kebanyakkan perisian ini boleh di dapati secara percuma dan memerlukan ruang dan masa yang sedikit untuk proses pemasangan (installation).

Namun, adakah memuat turun lagu di internet boleh di kategorikan sebagai salah dari segi undang-undang harta intelek? Kita sering terdengar dan melihat sendiri bagaimana industri muzik negara semakin tenat dengan kisah lanun cetak rompak. CD dan kaset lagu boleh didapati dengan kualiti yang hampir sama dengan asli. Dengan modal yang sedikit kita boleh mendapatkan pelbagai jenis lagu kegemaran dengan label cetak rompak.p2p.jpg

Situasi sama berlaku dalam dunia internet. Namun melalui kaedah digital dan lebih menarik. Memuat turun lagu tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna. Setiap lagu yang dihasilkan ditunjangai oleh banyak pihak. Mereka bertungkus-lumus dari mula lagu dicipta sehingga sampai ke tangan pengguna. Pencipta lagu, penulis lirik, penerbit, penyanyi dan sebagainya akan menerima nasib serupa seperti di dunia nyata.

Bagaimana dengan bayaran royalti penyanyi? Kos penerbitan? Kos pemasaran? Kos sampingan?. Album yang sepatutnya boleh terjual sehingga berpuluh ribu hanya mampu terjual beratus sahaja. Tiada siapa mahu beli kerana boleh didapati secara percuma di internet!

Tetapi dalam dunia globalisasi, macam-macam boleh terjadi. Pengaruh internet dan keperluannya yang dianggap antara terpenting untuk kehidupan tidak mampu disekat. Internet memberikan ruang mudah dan terbaik untuk pengguna mencari maklumat dan secara tidak langsung para pengguna turut mencari hiburan yang kebanyakkannya boleh didapati secara percuma. Semakin hari teknologi Internet semakin maju dan industri muzik perlu mencari altenatif lain untuk turut serta mengaut keuntungan di ‘lautan maya’ dari menjadi mangsa dan berputih mata.

Kesimpulannya, pada pandangan anda, ini salah siapa? Pengguna? Internet? Pencipta?

Fikir dan fikir bersama.

M.Zaini Ismail

Artikel sampingan:

Salam sejahtera,

datuk-ahmad-basri.jpgSebagai salah seorang peminat setia skuad bola sepak Kedah (HIJAU KUNING), saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Ahmad Basri Akil, timbalan presiden, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) atas permergiaannya.

Seorang yang amat saya kagumi kerana kelatangan mengkritik cara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membangunkan bola sepak dan sehingga kini FAM masih lagi terumbang-ambing memandu bola sepak negara.

Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil adalah insan pertama mencadang dan meneruskan akademi bola sepak walaupun tidak dipersetujui FAM. Namun hasilnya, akademi bola sepak Kedah kini telah melahirkan bakat-bakat muda yang terbukti berkesan. Lihat sahaja pembangunan dan kecermerlangan bola sepak Kedah kini.

Saya buka berniat berat sebelah kepada Kedah tetapi perancangan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil itu ada benarnya kerana sudah terbukti Kedah mampu menjadi antara lawan digeruni melalui pemain-pemain mudanya.

Semoga roh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, yang berusia 69 tahun pada 25 April lalu, dicucuri rahmat oleh Yang Esa.

Al Fatihah

Sumber : www.utusan.com.my, www.hmetro.com.my

Rangkaian Berita IT