Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Terkini

Buat semua pembaca blog AnjungPC.com, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa & Salam Aidilfitri 1431H. Maaf zahir dan batin andai tersalah kata dan bicara. Semoga segala amalan mulia kita pada bulan Ramdahan diterima. Moga dapat juga kita teruskan ‘latihan ibadah’ sebulan di bulan puasa untuk diteruskan pada bulan-bulan berikutnya.

Kepada pemandu-pemandu semua jenis kenderaan, berhati-berhati di jalan raya. Semasa memandu, jangan ingat orang tersayang sebab kalau ingat takut leka memandu. Fokus pada jalan, patuh pada peraturan, hormat pada rakan dan pasti selamat perjalanan.

Berpuasa tanda kesyukuran dan moga Hari Raya disambut penuh keberkatan.

kredit gambar: mofas.wordpress.com

Salam Ramadhan buat semua umat Islam khususnya di Malaysia dan serata dunia amnya.

Sempena Ramadhan yang menjelang tiba, pasti ramai yang berkira-kira untuk mula beramal. Mula bersedekah, mula buat baik itu dan ini. Konsepnya di sini bukan mula beramal tetapi meningkatkan amalan terutama di bulan mulia ini. Amalan itu sudah lama ada cuma kita memperhebatkan lagi amalannya.

Pasti, bulan Ramadhan, nafsu berbuka mengatasi segalanya. Memasak lebih jimat tetapi mahu lebih jimat, berbuka sahaja di masjid (amalan dari universiti sehingga kini). Berbuka di masjid lebih sesuai untuk bujang macam saya. Untuk yang berkeluarga, memasak adalah satu cara yang paling baik untuk berjimat.

Selamat berpuasa dan beramal!

p/s: Pesanan untuk diriku yang mudah lalai.

kredit gambar: http://manchuping.blogspot.com

Salam sejahtera,

Sebagai sampingan untuk blog anjungpc, saya ingin membuat sedikit ulasan produk makanan yang semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia. Produk makanan tersebut adalah serunding daging yang memang halal, sedap, berkualiti dan berpatutan untuk dinikmati. Serunding ini original dari Kelantan yang sememangnya popular dengan pembuatan serunding di Malaysia.

Seiring dengan kemajuan internet dan capaiannya yang agak menyeluruh, kini anda boleh dapatkan serunding daging melalui tempahan secara online. Salah satu laman web adalah SerundingEmas.com yang menawarkan tempahan serunding daging sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Kenapa serunding daging?

  • Makanan yang boleh dimakan dengan nasi, roti, lemang, ketupat dan juga sebagai inti kuih-muih. Boleh dikatakan ianya sesuai dengan pelbagai hidangan makanan.
  • Produk makanan yang tahan lama. Boleh disimpan sehingga 6 bulan.
  • Terbukti sedap dan menyelerakan pada setiap masa.

Kenapa SerundingEmas.com?

  • Penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia. Segalanya dalam satu harga.
  • Promosi terkini dengan diskaun sehingga 15%
  • Penghantaran melalui Pos Laju @ City-Link Express yang dijamin selamat sampai kepada pembeli.

Jadi, berapa pula harganya:

  • 500 gram = RM35
  • 1 Kg = RM65
  • 3Kg = RM175 (diskaun 10% dan jimat sehingga RM20)
  • 5Kg = RM275 (diskaun 15& dan jimat sehingga  RM50)

Bagaimana pula dengan tempahannya?

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi serunding daging, layari www.serundingemas.com

Salam sejahtera,

Pertama sekali, Selamat Hari Guru kepada semua guru, pendidik, pensyarah, cikgu, ustaz dan ustazah sekalian!

Konsep Hari Guru sebagai mengenang jasa dan bakti yang telah ditaburkan kepada anak didiknya. Bagi saya, tiada hari khusus buat guru kerana setiap masa dan ketika, jasa dan ilmu sentiasa di tabur. Jasa mereka sentiasa diperlukan. Setiap hari adalah hari guru.

Setiap insan yang mendidik, memberi tunjuk ajar dan panduan, saya anggap seorang guru. Dan mereka ini layak menerima ucapan Selamat Hari Guru.

Terima kasih kepada ibu dan ayah sebagai guru pertama dalam hidup…

Terima kasih kepada guru tadika kerana A, B, C…

Terima kasih kepada guru sekolah rendah dan menengah..

Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah…

Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah memberi ilmu, panduan, maklumat dan pengetahuan..

dan

Terima kasih kepada anda pembaca blog yang menjadi guru saya dalam perkongsian ilmu komputer!

Setiap hari kita akan guna handphone. Begitu juga setiap kali kita akan terima dan hantar SMS ke serata tempat. Setiap hari saya percaya kita akan menghantar sekurang-kurangnya sepuluh SMS.

Setiap hari juga saya akan terima SMS spam. Dahulu cuma email sahaja yang dijadikan medium untuk menghantar spam tapi kini sudah beralih kepada penggunaan SMS. Jika email, mungkin tidak menyeluruh kepada semua kerana tidak semua orang mempunyai email.

Tetapi dengan cara SMS, saya yakin dan percaya setiap orang mempunyai telefon bimbit. Dari kanak-kanak berusia 6 tahun sehingga yang sudah berusia puluhan tahun. Jadi, pasarannya lebih luas dan menyeluruh.

Reaksi saya semasa terima SMS ini memang amat menyakitkan mata memandang. Saya tidak pernah melanggan untuk dapat SMS sebegitu rupa tetapi setiap hari puluhan SMS akan masuk dalam inbox saya. Memang tertekan. SMS yang bukan-bukan dan penuh dengan unsur lucah.

Bahaya SMS Spam

SMS yang diterima mengkehendaki kita melanggan dengan sesuatu servis atau produk. Ia akan jadi berbahaya apabila servis dan produk yang ditawarkan itu menipu. Kalau ianya satu penipuan, pastinya kita akan kerugian. Risiko yang harus ditanggung oleh kita jika terpedaya dengan beberapa perkataan yang mengasyikan. Kita sendiri tahu akan bahayanya.

Kedua, ia akan jadi berbahaya kepada sosial dan moral. Kebanyakkan SMS yang diterima adalah berunsur lucah yang keterlaluan. Tidak masuk akal. Ayat yang digunakan untuk menarik perhatian kita adalah dengan mengumpan golongan artis dan pihak-pihak tertentu.

Apa akan jadi kepada kanak-kanak jika SMS sebegini diterima mereka?

Kepada yang menganjurkan SMS tidak sihat ini, berfikir dahulu kesan dan akibatnya. Jangan gadaikan kesopanan dan kesusilaan kita demi secebis keuntungan duniawi.

Ingat, matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara!


Rangkaian Berita IT