Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Terkini

Salam sejahtera,

Musim perayaan kembali lagi. Kali ini Tahun Baru Cina. Kesempatan bercuti digunakan untuk pulang ke kampung. Saya sendiri akan balik kampung tengahari esok. Mengikut berita terkini sewaktu post ini ditulis, jumlah kenderaan di jalan raya terutamanya di lebuh raya sudah mula meningkat.

Info Trafik dari PLUS Highway

Sebagai lebuhraya paling penting di Malaysia, PLUS highway memberikan maklumat terkini setiap masa melalui internet. Cuma layari http://www.twitter.com/plustrafik. Berita terkini di jalan raya seperti keadaan trafik, kemalangan dan tips ada pada laman Twitter Plus.

Jadi, kepada mereka yang mempunyai telefon berinternet (saya pun tiada), gunakan kemudahan yang ada. Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran keadaan terkini lebuhraya. Jika perlu gunakan jalan lama. Kalau terlampau sesak, rombak jadual perjalanan.

Rancang perjalanan, pandu cermat. Biar lambat asal selamat.

Selamat bercuti.

ranking it malaysiaSalam sejahtera pembaca budiman,

Kurang lebih 2 minggu lagi, kalendar 2011 bakal berakhir. Saya percaya, masing-masing sudah ada azam untuk tahun 2012. Persoalannya, adakah azam 2011 sudah berjaya dicapai?

Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Saya belum lagi tercapai. Hampir sahaja tercapai. Jika impian untuk diri sendiri belum tercapai, sekurang-kurangnya kita boleh berbangga dengan negara tercinta, Malaysia.

continue reading…

Salam sejahtera pembaca budiman,

Semua orang biasa dengan Twitter. Salah satu laman web rangkaian sosial popular di dunia. Oleh sebab ramai orang yang mempunyai akaun Twitter aktif, maka aktivtinya juga bermacam-macam jenis. Ada yang baik dan ada yan buruk.

Sekarang tengah hangat dengan fitnah isteri kapten bola sepak Singapura, Hidayah Shahril. Hamba Allah ini buat satu kenyataan yang menyakitkan hati dua pemain negara, Safee Sali dan Amirul Hadi.

twitter kutuk pemain malaysiaKenyataan gaya pemain ini seperti beruk amat tidak bermoral. Satu kenyataan yang boleh merosakkan hubungan baik antara Malaysia dan Singapura. Ibarat seekor lembu membawa lumpur, habis yang lain terpalit.

Reaksi daripada kenyataan buruk Hamba Allah ini, Safee Sali meminta Hidayah Shahril memohon maaf secara terbuka. Ini kerana ianya serangan peribadi yang tidak perlu wujud. Malaysia menerima kekalahan secara terbuka.

Kenapa yang menang nak lebih-lebih? Dan paling buruk, kenapa yang tidak ada kena mengena langsung nak jadi hero?

Akaun twitter hidayah 17 sudah ditutup kerana mendapat serangan yang teramat banyak daripada rakyat Malaysia. Satu fanpage 1 Malaysian want Hidayah Shahril make public apology mendesak hamba Allah ini memohon maaf secara terbuka.

Kejadian ini merupakan satu jenayah siber kerana mengganggu ketenteraman awam, boleh buat gaduh, benci membenci dan tindakan luar kawalan pihak-pihak tertentu.

Boleh jadi pandai tetapi jangan memandai-mandai!

buka website disekat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan menyekat beberapa laman web berbentuk muat turun.

Tindakan itu bukan satu penapisan laman web tetapi terus menyekat daripada dapat akses. Berita lanjut boleh didapati di Malayskini dan banyak lagi di internet.

continue reading…

Salam sejahtera pembaca budiman,

Sudah lama saya tidak update blog. Sibuk yang tidak tahu apa puncanya. Sibuk dunia bak kata orang sekarang. Post kali ini cuma satu iklan yang saya rasa sesuai dan kena pada masanya. Sebelum ini saya menghasilkan ebook Panduan Memformat Komputer. Lebih terarah kepada tutorial cara memformat komputer.

Ianya lebih kepada produk untuk para pelanggan. Setakat hari ini, sambutnya masih lagi ada. Saya cukup hargai panduan tersebut kerana telah berjasa kepada ramai orang.

Dan hari ini, saya melangkah setapak lagi dengan menawarkan servis pula. Perkhidmatan servis komputer dan laptop.

Satu perkara yang setiap hari saya lakukan dan saya seronok dengannya.

Apa servis yang ditawarkan? Buat permulaan, saya tidaklah target terlalu tinggi, hanya sebagai permulaan, saya menawarkan servis yang ‘basic’ sahaja, antaranya:

  1. Format + Install Windows (XP, Vista & Windows 7) + Install software
  2. Install Windows untuk komputer/laptop baru
  3. Data lost recovery
  4. Full backup data & files
  5. Install software (Microsoft Office, Adobe Reader dan lain-lain)
  6. Virus, Spyware, Trojan cleaning
  7. System repair & diagnose

Apa faedahnya untuk anda?

  1. Percuma ambil dan hantar ke rumah/premis. Anda tidak perlu ke mana-mana. Saya akan datang sendiri. Jadi, sudah tentu sudah menjimatkan masa, duit minyak, tenaga dan banyak lagi.
  2. Percuma Antivirus dan Anti-Malware
  3. Percuma servis membersihkan komponen komputer.
  4. Percuma khidmat nasihat

Oleh kerana ianya berskala kecil, saya telah menghadkan kawasan servis. Hanya kawasan sekitar Pantai Dalam, Bangsar, Kerinchi, Pantai Permai, Pantai Hillpark dan Universiti Malaya sahaja. Kawasan lagi akan dipertimbangkan kelak.

Jadi, buat orang-orang sekitar kawasan tersebut, jika mempunyai sebarang masalah, cepat-cepat hubungi saya.

Zaini – 0125976720

Sekian

Rangkaian Berita IT