Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Teknologi

Salam sejhatera,

Setiap benda yang dihasilkan manusia adalah daripada evolusi ataupun perkembangan benda tersebut. Lihat sahaja kapal terbang, kereta, mentol mahupun makanan. Begitu juga halnya dengan sebuah komputer. Semua komputer hari ini adalah daripada evolusi tahun demi tahun, dekad demi dekad para pakar komputer untuk menghasilkan komputer yang lebih baik dan sempurna kepada para pengguna.

Pengenalan

Mengikut wikipedia, komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke – 20 ( sekitar tahun 1940 – 1945). Jika dikira sehingga sekarang (2008) lebih kurang 68 tahun usia komputer.

Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah dan ada sesetengah pendapat mengatakan saiznya adalah sebesar rumah. Tujuan utama penciptaan komputer adalah sebagai alat bantu manusia terutamanya dalam penyimpanan data.

ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of Pennsylvania. Mereka berdua adalah saintis di School of Electrical of Electrical Engineering, University of Pennsylvania.

eniac2.jpg

 

Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.

Sinopsis ENIAC :

Tahun dicipta: 1946

eniac1.gif

Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat

Kuasa Elektrik Digunakan : 170 000 watts

Berat : 28 tan

Saiz : 80 inci lebar x 8 inci tinggi

Komponen :17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000 kapasitor and around 5 juta pateri.

Nilai : Di anggarkan bernilai USD 480 000

Tujuan penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil kira pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya. Tentera Amerika menggunakan semasa Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman.

Nota : Bayangkan bagaimana rupa bentuk komputer pertama di sunia. Dengan saiz yang besar dan mempunyai keupayaan terhad, tetapi dari penciptaan pertama ini menghasilkan evolusi komputer yang sempurna.

bersambung…

 

macair_screen.jpg

 Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Hari ini kalau kita tengok pasaran notebook/laptop Malaysia tengah meletup-letup.Syarikat pengeluar laptop dunia bersaing sesama sendiri untuk menghasilkan laptop yang menarik,canggih dan memenuhi selera pengguna.Saya sendiri pun mengidamkan sebuah laptop + 3G Celcom Broadband.Bila la agaknya kan :)

Baru-baru ini,Apple telah melancarkan laptop terbaru diberi nama Macbook Air.Kelihatan kecil, nipis dan ringan menjadikan rekaan terkecil dan nipis dalam pembuatan laptop.

macbookair.jpg

macair_keyboard.jpg

MacBook Air                                                                                                Papan Kekunci MacBook Air

Berikut merupakan spesifikasi mengenai MacBook Air:

  • Berat : 1.3 kilogram (kg) -laptop skrin besar paling ringan di dunia.
  • Casis aluminium
  • Pad pengesan ciri sentuhan sapuan,cubitan dan putaran untuk memudahkan pergerakan.Misalnya, hanya dengan menggelongsor atau membuat teknik sapuan tiga batang jari ke atas pad pengesan tersebut, pengguna mampu menukar imej dan sebarang fail dengan pantas.
  • Pemprosesan – 1.6GHz Intel Core 2 Duo
  • Memori – 2GB, 667MHz DDR2
  • Cakera keras – 80GB 4,200 rpm
  • Grafik – Intel GMA X3100 (integrasi)
  • Sistem Operasi – Apple Mac OS X Leopard
  • Dimensi (WDH) 14.2 x 10.5 x 1.9 inci
  • Saiz skrin – (pepenjuru) 13.3 inci
  • Harga pasaran : RM 6299

sumber utama :www.apple.com & www.utusan.com.my

Jadi apa pandangan anda mengenai MacBook Air?

selamat maju jaya :)

“..hidup kita gurau-gurauan..”

Mohd Zaini

Lagi artikel komputer :

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan  subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Kemajuan teknologi hari ini bukan sahaja dilihat dalam bidang komputer tapi lebih dari itu.Baru-baru ini Lindsay Picket telah menghasilkan loket digital LCD.Pelik tapi benar.Dulu loket cuma dipakai oleh ibu dan nenek kita dan ada gambar yang diselit tanda kenangan terutamanya pada yang tersayang.Tapi hari ini ia lebih dari itu kerana gambar tersebut boleh ditatap dalam bentuk digital!

anjungpc2.jpgTambah menarik loket tersebut boleh merakam dan menyimpan gambar terkini.Ia boleh dilakukan semasa loket dibuka dan ditutup.Berbaloi membeli sebab kita akan dapat dua benda iaitu loket dan kamera digital :) Memang menarik.

Cuba kita bayangkan apakah teknologi masa depan.Mesti bertambah canggih dan menyenangkan kita semua.Saya cuma teringin untuk melihat satu benda sahaja,melihat kereta terbang macam cerita Back To The Future :) Pelik tapi tak mustahil.

Sumber bacaan Utusan Malaysia

Selamat membaca.

Artikel komputer menarik:

Dapatkan produk Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

Salam sejahtera pembaca Anjung PC,

gajet.jpg Gajet dimaksudkan adalah gajet untuk tanaman kacang.Apabila direndam benih kacang direndam dalam air ia akan tumbuh dalam masa 10 minit!.Gajet ni dinamakan Bean Born Eggs.Apabila diletakkan dalam sinar matahari ia akan tumbuh seperti saiz normal dalam masa 5 ke 7 hari.

Ia disimpan seperti telur dan sesuai untuk mereka yang tidak ada masa nak berkebun.Sibuk sangat dengan bisnes internet ke icon_smile.gif sesuai sangat la dapatkan gajet ni.Nampak macam telur biasa,tapi jangan goreng sudah la icon_smile.gif.

Sumber rujukan : Utusan Malaysia dan Gadget Madness

Selamat mencuba

starline

Rangkaian Berita IT