Salam sejahtera pembaca budiman,
Sudah hampir 3 minggu saya tidak kemaskini blog, semuanya kerana kerjaya sebagai pekerja IT (Teknologi Maklumat).
Tidak kira apa jua nama pekerjaan anda, jika ada kaitan dengan perkakasan, sistem dan komputer, anda juga tergolong dalam kategori yang sama.
Welcome to the club!
Memang seronok kerjaya dalam bidang IT. Seperti saya dalam bidang bantuan teknikal, banyak yang saya pelajari. Daripada teorinya sehingga kepada teknikal, semuanya seronok dan bermanfaat.
Jika nak dibandingkan dengan pengalaman orang lain, saya ini baru setahun jagung. Setiap hari ada benda baru yang saya belajar. Betul cakap orang, pengalaman itu guru paling berguna.
Masuk sahaja pejabat awal pagi sudah ada panggilan daripada pengguna. Itu ini masalahnya. Apa tugasan saya?
- Pastikan semua komputer dilindungi Antivirus dan Firewal
- Semua orang dapat internet
- Semua dapat buka email
- Pasang PC baru, upgrade PC lama
- Buat dokumen perlu
Hari ini saya berkongsi suka dahulu. InsyALLAH lain keluaran, dukanya pula yang memang perit untuk ditelan. Nantikan…
Saya yakin ada pembaca blog ini juga bekerja dalam bidang IT. Ramai sifu-sifu IT di sini. Kongsilah sedikit apa kerja anda.


Di dalam 

