Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Soal Jawab

Soalan berikut saya kongsikan untuk meminta pandangan daripada pembaca. Saya telah memberikan sedikit pandangan kepada beliau untuk menyelesaikan masalah.

Assalamualaikum

Setiap kali saya shut down laptop saya ia akan mesej keluar Windows security error, di bawahnya pula Critical error, cannot unload this service, selepas itu keluar Ending program dan baru lah Off  kadang kala sampai 2 hingga 3 kali shut down baru off.

Saya harap En Zaini dapat tolong  kerana saya sudah puas mencuba. Diatas segala pertolongan yang En Zaini berikan saya ucapkan terima kasih.

————————— ***** ———————————

Sebagai langkah penyelesaian awal, saya telah memberikan beberapa tips berikut:

1. Cuba scan komputer, takut ada virus, spyware dan malware dalam komputer yang menggangu sistem komputer.
2. Sebelum shutdown pastikan semua program ditutup dengan sebaik-baiknya
3. Lakukan defragment hard disk dan juga scan disk. Bimbang hard disk mungkin mengalami kerosakan

Saya amat mengalu-alukan pandangan, komen dan cadangan daripada pembaca sekalian.

Terima kasih


Soalan berikut saya kongsikan untuk meminta pandangan daripada pembaca. Saya telah memberikan sedikit pandangan kepada beliau untuk menyelesaikan masalah.

Soalan:

Salam, saya telah membeli product en beberapa hari yang lalu iaitu teknik lengkap memformat komputer tp selepas memformat, saya dapati pc saya selalu tiba2 “shut down” semasa sedang melakukan kerja atau menginstall apa2 software. Saya cuba memformat sekali lagi dan beberapa kali “shut down” sebelum selesai.

Sampai sekarang keadaan masih serupa.. tiba2 ter “shut down” sendiri dan tdk boleh on sehinggalah
saya menutup semua supply dan on kembali selepas beberapa minit. Button “stand by”
semasa ingin shut down juga tak aktif.. diharap saudara dpt membantu secepat mungkin
kerana saya perlu menyiapkan bnyk kerja sekarang.. mohon bantuan segera.

Terima kasih. Salam

Jawapan:

Komputer yang telah diformat jarang berlaku masalah seperti ini. Komputer akan menjadi lebih baik dan lebih laju berbanding sebelum format. Saya memberikan sedikit pandangan kepadanya.

1. Mungkin disebabkan kepada power supply yang tidak berjalan dengan sempurna.

2. Mungkin juga disebabkan oleh hard disk yang sudah rosak (corrupt)

3. Mungkin juga disebabkan oleh processor yang sudah panas. Bila terlampau panas, komputer tidak mampu menjalankan sebarang program dan kemudian akan shutdown dengan sendiri.

Pendapat saudara/i sekalian amat diharapkan.

Salam sejahtera,

Saya baru sahaja settle masalah komputer saya,komputer saya berbunyi bila on.Bunyi trittttt (camtu la lebih kurang),nak bagi dengar pun tak ada suara :) Lepas buat apa yang patut keadaan kembali pulih seperti sediakala.Saya juga pernah dapat pertanyaan mengenai komputer berbunyi bila dihidupkan.Masalah begini memang selalu terjadi pada komputer.

Kenapa ia berbunyi?

anjungpc1.jpgSaya sebenarnya tidaklah sesempurna ataupun otai sangat dalam penyelanggaraan komputer.Boleh la sikit-sikit.Ada la CCNA tu.Tapi mengikut pengalaman saya dalam komputer ini sebab utama terjadinya masalah ini adalah berpunca dari perkakasan/hardware yang tidak dipasang dengan betul atau tidak rapat.

Caranya mudah sahaja untuk menyelesaikannya.Anda perlu ketatkan kembali komponen yang tidak rapat tersebut sebaik mungkin.Jika komputer dihidupkan sistem tidak dapat menyempurnakan tugasan untuk memulakan sistem komputer kerana masalah ini.Selalunya hardware yang sering menjadi masalah adalah RAM dan jugak Floppy Disk yang berkemungkinan rosak.

Selamat membaca :)

Mohd Zaini

Dapatkan artikel komputer terus ke e-mail anda dengan subscribe di sini

Artikel komputer menarik:

Dapatkan produk Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

Rangkaian Berita IT