Salam sejahtera,
Selain menulis mengenai komputer,sekali-sekala kena rehatkan minda jugak.Macam biasa selalu melawat blog kawan-kawan mencari maklumat terkini tentang apa sahaja.Sekarang ini musim TAG menge’TAG’ (maafkan saya tidak dapat mencari perkataan sesuai).Blog Anjung PC tidak terlepas kena TAG: Watak Kartun Kegemaran.Kali ini kena TAG dengan Taukey.Taukey apa? Kaya ni
Berikut adalah syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi jika anda kena TAG.
1. Hanya berikan satu watak cartoon kegemaran korang, walaupun aku tau korang suka banyak cartoon… Ye la, dulu kecik-kecik mesti korang nak jadi Spider-man la, X-Men la, Superman la, Usop Sontorian la
Tak kisah la, watak cartoon apa pun yang korang suka aku cuma nak korang beri satu saje.
2. Ceritakan secara ringkas, apa yang korang nak buat kalau korang ada kekuatan, atau kuasa, atau” power”, atau apa saje kelebihan yang ada pada ”hero” kegemaran korang tu. Korang boleh ambil contoh yang aku berikan nanti, tapi kalau boleh ceritakan lain dari yang lain, yang datang dari hati korang sendiri… ![]()
3. TAG balik kepada 5 orang rakan-rakan blog korang, ingat lima saje! Kenapa lima? ikut suka hati aku la… ![]()

Watak kartun ini dari kecik sampai la besar saya suka tengok.Apa lagi kalau bukan POPEYE The Sailor Man.Macam biasa la POPEYE akan menjadi kuat bila makan spinach(bayam) dan otot-otonya mulanya mengembang.Terus jadi kuat dan mangsanya adalah Bluto,si jahat gemuk berjambang.
Sebenarnya aku tak nak pun jadi macam POPEYE ni,tapi moral of the story cerita POPEYE ini :
- Makanlah banyak sayur-sayuran seperti bayam untuk kesihatan terutamnya untuk menjadi pelawas.
- Sabar itu separuh dari iman,walaupun POPEYE ini bukan ISLAM tapi dia penyabar bila kena dugaan dari Bluto.
- Manusia jahat ini selalu dapat balasan jahat jugak.
Sebagai meneruskan perjuangan TAG ni,saya akan teruskan permainan ini kepada 5 orang lagi rakan blogger :
- Soul – Kawan sepengajian aku
- Newacx – Banyak duit ni sebab guna kabel
- InfoMalaya -Blog selaluaku lawat
- Xtremabizz – Banyak belajar benda-benda menarik
- Kuriee – Ini pun selalu jugak melawat
Selamat menjawab bagi anda yang kena TAG.



