Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Santai

Tiga hari lepas saya sudah kongsi cerita suka kerjaya IT. Sebagai juruteknik IT, memang kerja saya berhadapan dengan pelbagai ragam pengguna. Komputer buat hal, orang pun ada yang buat hal. Ada yang bijak, ada yang malas nak jadi bijak dan pastinya ada yang ‘apa pun tak boleh’.

kerjaya bidang it

Asam garam ini pada saya satu cabaran dan amanah untuk terus berkhidmat tanpa rasa menyesal. Tunaikan sahaja sebab selain gaji, ianya juga boleh jadi satu ibadah.

Tapi… apa yang tak seronoknya?

  1. Kerja sepanjang hari, waktu dan masa. Ada sahaja kerjanya walaupun waktu makan tengahari.
  2. Kerja lebih masa. Itu perkara paling biasa berlaku. Tanyalah kepada sesiapa sahaja juruteknik komputer. Betul tak Soul?
  3. Kerja bukan kerja kita. Asal ada kaitan dengan perkakasan mesti budak IT walaupun tarik kabel elektrik. Ada kaitan ke?

Kata Tok May, hidup ni tak menarik kalau tiada cabaran. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Saya cerita berdasarkan pengalaman. Walau apa pun, semuanya buatkan kerjaya seorang juruteknik itu memang menarik.

Tak percayalah? cubalah..

linux windows

super komputer

Salam sejatera,

Artikel kali ini cuma satu pandangan tentang kehidupan. Sudah 24 tahun hidup di muka bumi Allah, saya nampak satu benda yang kadangkala saya lupa.

Muamalat dan hubungan kita sesama manusia


Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. (dipetik dari Warong Borneo)

Kita saling bergantungan. Walaupun siapa kita, apa kerja kita malah fahaman kita, setiap daripada kita saling memerlukan. Saya perlukan awak, awak perlukan saya…

Saya perlu makan dan terima kasih kepada Bro 8 kat bawah yang jual makanan. Terima kasih kepada Pak Guard tempat tinggal saya, terima kasih Mak Cik Cleaner kat tempat kerja saya. Terima kasih kepada anda yang membaca blog saya.

Tapi ada yang memandang hina golongan seperti ini. Apabila bersembang dan memandang golongan yang bergaji lebih rendah, bekerja lebih kotor di caci sesuka hati. Mereka anggap golongan seperti ini tidak berguna dan menyusahkan hidup mereka. Malah ada yang tidak mahu berkawan dengan mereka.

Sebagai contoh, pengawal keselamatan. Kalau tanya kita nak jadi tak pengawal keselamatan. Jawapannya:

1. Apa kelas jadi guard

2. Gaji dah la sikit

3. Hari-hari kena maki, buat sakit hati saja.

Tapi tahukah mereka?

Tanpa pengawal keselamatan, anda tidak mungkin tidur nyenyak. Takut memikirkan kenderaan dan keselamatan anda. Walaupun dibayar gaji lebih rendah daripada anda, tanggungjawab tetap dipikul dengan baik. Asalkan rezeki halal dan beramanah, cukuplah bagi mereka. Siapa kita nak menghukum sesama kita. Jadi, dia memang diperlukan oleh anda!

Jadi siapa pun anda sebenarnya berguna kepada yang lain. Apa pun kerja anda, jangan malu kerana anda menyumbang kepada kesinambungan manusia.

Saya tabik anda!

Salam sejahtera,

Saya amat bertuah dapat menulis lagi dalam blog. Setiap kali mengunjungi blog lain, saya lihat di blog lain terutamanya blog Inggeris oleh penulis bukan Inggeris adalah menyalin bulat-bulat artikel dan letakkan di blog sendiri tanpa memberi sebarang kredit ataupun link dari mana artikel tersebut diperolehi.

Bagi saya biarlah penulisan kita tersebut tidak seindah penulisan dari blog lain yang lebih mantap, kita patutnya bersyukur sebab sekurang-kurangnya mempunyai idea untuk menulis bukan meniru.

Walaupun kebarangkalian blog di kemaskini setiap hari, tetapi jika artikel yang dibaca adalah hasil tangan meniru, bagi saya tiada maknanya kita wujudkan blog. Blog untuk berkongsi maklumat dan pendapat snediri bukan dari orang lain.

Jika anda ingin mengetahui sama ada artikel tersebut disalin bulat-bulat dari blog/tempat lain, gunakan Google untuk mengetahui sumber artikel tersebut.

Jadi, buatlah sesuatu dari tangan sendiri.

Rangkaian Berita IT