Salam sejahtera,
Ramai orang sudah memiliki blog. Tahniah buat diri anda. Walaupun antara bloggers tidak pernah bersua tetapi dalam dunia siber, hubungan tersebut terjalin dengan sendirinya. Dengan adanya blog secara tidak langsung kita saling membantu sesama kita dan berkongsi maklumat-maklumat berguna.
Dari kecil kita belajar dua benda:
- Membaca
- Menulis
Ramai orang suka membaca tidak kiralah dalam bentuk ilmiah atau sebaliknya tetapi amat kurang orang menulis. Betulkah pendapat ini? Bagi saya, rakyat Malaysia bukan sahaja suka membaca tetapi sudah ramai yang menjadi penulis. Tidak kiralah walau menulis blog sekali pun. Malah ada yang sudah kaya dengan hasil penulisannya.
Sesetengah daripada kita memandang rendah profesion dalam bidang penulisan. Ada yang berfikiran bidang penulisan tidak mendatangkan keuntungan dan tidak boleh menjamin masa depan. Jika anda memandang penulisan dari sudut kewangan semata-mata memang anda nampak seperti itu tetapi tujuan utama bidang penulisan adalah lebih dari itu.
Hakikatnya dalam dunia penulisan adalah berbeza. Sudah ramai golongan masyarakat menjadi kaya dengan hasil penulisan mereka. Lihat sahaja penulis buku Harry Potter iaitu Joanne Rowling atau nama penanya J. K. Rowling adalah salah seorang penulis berjaya. Hasil penulisannya adalah aset kekayaan. Selain novel, Harry Potter juga telah diterbitkan menjadi filem.
Apa yang cuba saya sampaikan adalah, jangan hanya memandang sesuatu penulisan sebagai ayat puitis dan perkataan sahaja sebaliknya hasil penulisan tersebut telah menjadikan ia sebagai harta bukan lagi sebuah kertas biasa!
Mohd Zaini Ismail
Agak lama juga saya tidak menulis menaip sebarang informasi mengenai komputer.Kadang-kadang sibuk dan tiada masa.Tapi sebenarnya itu bukan satu alasan kukuh ingin melarikan diri dari lapangan blog.
