Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Rencana

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan  subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Post kali ini adalah sambungan dari Baik Buruk Pengaruh Internet: Bahagian 1.

Jika pada artikel yang lepas saya ada menyentuh mengenai kebaikan dari segi isu semasa, politik dan sosial, pada kali ini saya akan bercerita mengenai dunia pekerjaan. Apa kebaikan internet kepada kita dalam dunia pekerjaan?

Dunia pekerjaan

Kemelesetan ekonomi menyebabkan syarikat hard disk komputer kedua terbesar di dunia, Western Digital menutup operasinya di Kuching, Sarawak. Begitu juga Panasonic juga dikatakan telah mula membuang pekerjanya. Apabila seseorang itu dibuang kerja, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk mencari kembali kerja. Tidak kira apa sahaja jenis kerja untuk menyara hidup. Berbekalkan pengalaman yang sedia ada, insyALLAH pasti akan berjaya.

job.jpg

Internet adalah altenatif utama untuk mencari pekerjaan baru selain surat khabar dan televisyen. Banyak laman web yang memfokuskan pekerjaan wujud di internet. Pengguna hanya perlu mengisi butiran peribadi dan kelulusan seperti pengalaman dan sebagainya. Laman-laman ini berfungsi sebagai orang tengah antara bakal pekerja dan juga majikan. Setiap hari ada kerja yang ditawarkan. Antaranya JobStreet, JenJobs dan JobMarket. Klik di sini untuk senarai penuh laman web.

Pihak kerajaan juga menyediakan ruang untuk pencari kerja dari setiap lapisan kelayakan. Misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk memohon pekerjaan. Paling menarik tempoh untuk mengisi borang adalah sepanjang masa. Rebut peluang sedia ada.  Tidak rugi isi dahulu, manalah tahu rezeki anda :)

Baru sebentar tadi saya menemani rakan membeli no pin untuk DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Harganya RM 20.60 dan boleh didapati di Bank Simpanan Nasional. Borang perlu diisi secara online.

Kenapa online?

Jawapannya mudah, cepat dan teratur. Mudah kerana maklumat yang perlu diisi oleh seseorang pencari kerja hanyalah perlu menaip papan kekunci komputer dan menggerakkan tetikus komputer. Cepat kerana maklumat yang telah diisi dihantar dengan segera. Begitu juga apabila dimaklumkan mengenai status permohonan juga cepat berbanding surat biasa menggunakan pos. Status boleh dilihat dari laman web atau dihantar melalui e-mail.

Teratur pula, sistem yang digunakan untuk menerima dan memaklumkan kepada pencari kerja adalah sistematik dan kemas. Jadi secara amnya, gunalah kemudahan yang sedia ada untuk kesenangan bersama. Gunakan internet untuk kebaikan bukan sebaliknya.

bersambung lagi…

Mohd Zaini Ismail

Bacaan tambahan:

Salam sejahtera,

Politik, sukan, agama, pendidikan, pekerjaan, isu semasa dan sahabat handai. Semua yang saya senaraikan di atas adalah perkara paling popular dilakukan oleh pengguna Internet.

Apabila klik sahaja browser Internet tidak kira sama ada Internet Explorer mahupun Mozilla Firefox, pengguna Internet akan mula mencari perkara-perkara tersebut. Maklumat terkini dan cepat. Apa sahaja yang terdapat di dunia nyata ada disajikan di dunia maya, Internet.

Dari segi politik semasa, kemenangan pembangkang pada pilihanraya lepas adalah berpunca dari internet. Maklumat yang disalurkan melalui internet mempunyai akses ke seluruh dunia. Dalam beberapa saat selepas dimuat naik oleh penulis terutamnya blogger, maklumat tersebut tersebar luas. Dalam dunia politik, kempen memancing undi dari rakyat tidak hanya berceramah di luar, malah dapat diikuti dalam internet ceramah tersebut. Jika seseorang penceramah berceramah di Pantai Dalam, bukan sahaja penduduk Pantai Dalam dapat mengikuti ceramah tersebut, malah menggunakan internet seluruh pelusuk bumi! Kita boleh menonton di Youtube.com video-video ceramah tersebut.

Saya tidak mahu memihak kepada mana-mana parti, sama ada pembangkang atau pemerintah. Asalkan adil, telus dan amanah sudah memadai. Dari pemerhatian pilihanraya yang lepas, kuasa blog di anggap paling berpengaruh. Tulisan yang menarik minat pembaca dan pengundi. Pihak pembangkang menggunakan medium blog untuk menyampaikan berita terkini dan isu-isu hangat dan terbukti amat berkesan.

Berita dapat diikuti seawal jam 1 pagi dan tidak perlu menunggu pukul 8 pagi untuk ke kedai membeli akhbar. Satu altenatif dan kemajuan yang menarik dalam dunia akhbar Malaysia. Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo!, Harian Metro dan Harakah (sekadar menyebut beberapa nama) antara yang menyediakan akhbar online. Bagi keputusan sukan dunia, banyak laman-laman web menyediakan laporan terkini setiap perlawanan. Misalnya Livescore dan EspnStar.com.

Bagi pelayar internet yang suka mencari kenalan baru, website jenis social-bookmarking adalah pilihan utama. Facebook, Friendster dan MySpace (sekadar menyebut beberapa nama) adalah antara yang popular. Remaja perempuan adalah yang terbanyak menggunakan perkhidmatan website jenis ini. Selain merapatkan hubungan dan mencari kenalan baru, idea juga dapat dikongsi.

Dunia tanpa batasan tetapi perlu ada batas-batasnya.

bersambung…

Mohd Zaini Ismail

BARU LANCAR 20/1/2009
RM10 untuk Perniagaan Online Anda
100 % komisyen milik anda
Terus ke akaun bank anda
Modal RENDAH
Tiada multi level

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petikan di atas adalah sebahagian spam email yang saya terima. Tidak lain dan tidak bukan tujuan utama adalah skim cepat kayap. Setiap hari pasti ada email spam yang berkaitan dengan skim cepat kaya ini masuk ke inbox. Rasa geram sebab malas nak delete dari inbox.

Walaupun sudah berulang kali artikel di internet dan media masa mengenai bahaya skim cepat kaya, tapi kegiatannya masih lagi aktif. Ini bukan patah tumbuh hilang berganti tetapi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Keuntungan yang sebenar adalah dalam disebalik sesuatu skim tersebut. Kebanyakan deposit yang diperoleh semasa ‘mangsa’ mendaptar dibolot oleh manusia ini. Dia saja yang kaya, ahlinya macam mana pula?

fraud.jpg

Tidak semudah itu untuk mendapat wang di Internet. Cara paling mudah untuk menipu adalah dengan umpan kekayaan yang diperoleh. Contohnya:

MODAL RM 50 JE,TAPI BOLEH DAPAT RM 51,900

Siapa yang tidak teruja dengan pulangan sebegitu banyak. Bermodalkan wang yang tidak seberapa kita akan memperoleh hasil yang cukup lumayan. Tetapi sejauh mana kebenarannya? Mana jutawan-jutawan yang bertungkus-lumus mengatakan semua ini benar?

Internet memang lubuk duit tetapi ada caranya!

Wassalam

Mohd Zaini

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Bacaan tambahan:

Salam sejahtera pembaca budiman,

Apa khabar pembaca sekalian? Harapan saya moga sihat sejahtera dan dilimpahkan rezeki dan rahmat dari Allah S.W.T hendaknya. Amin.

Ramai dari kita tahu dan percaya dengan internet begitu mudah untuk mendapatkan wang. Tanpa sebarang pengetahuan mengenai Internet pun, seseorang itu mampu menghasilkan duit dalam jangka masa yang pendek. Ditambah pula dengan pelbagai iklan yang begitu ‘mengasyikkan’ mata memandang.

Sesetengah dari kita cuma berkata, setup blog dan pasang iklan dan siap. Kemudian bila ada orang klik iklan tersebut anda akan dapat duit. Maka berduyun-duyun orang mula mempunyai blog untuk satu tujuan iaitu DUIT.

Tetapi sebenarnya, kita silap! Kenapa?

Bukan semudah itu untuk mendapatkan duit. Bunyi memang menarik dan terbukti memang benar ramai usahawan yang berorentasikan internet berjaya mengaut keuntungan berlipat kali ganda tetapi cuba tanya mereka yang telah berjaya. Adakah cuma buat sedikit perkara dan tunggu sahaja orang klik iklan atau barang yang dipromosikan? Tidak sama sekali.

Usaha…usaha…usaha…

Tiada siapa tahu kewujudan blog anda jika anda tidak memberitahu dan memperkenalkan blog anda kecuali anda memang terkenal seperti blog para menteri dan artis. Cuma post sahaja artikel dan lihat traffik yang mencurah-curah datang. Kita insan biasa sahaja.

Pembaca blog kini sudah faham dan bijka memilih blog yang mana satu berkualiti untuk dibaca dan tidak. Blog yang penuh dengan iklan yang pelbagai dan merapu  kurang sesuai wujud. Tujuan utama blog adalah untuk maklumat kerana pengguna internet mencari maklumat saban hari.

Perkara pertama yang perlu diteliti adalah NIAT. Tanpa niat yang betul dan mengharapakan duit semata-mata agak susah sedikit. Ilmu berkaitan teknikal pun penting dan paling penting jangan putus asa. Teruskanniat yang baik untuk kesenangan bersama.

Hanya secebis pendapat…

Dapatkan Demo Version Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer secara PERCUMA sekarang! Layari www.anjungpc.com

Bacaan tambahan:

Salam sejahtera pembaca budiman,

Bodoh sombong. Ada antara kita sudah tahu maknanya. Untuk mereka yang masih samar dengan maksud bodoh sombong, ini saya ceritakan serba sedikit. Secara ringkas, bodoh sombong ini menunjukkan orang yang tidak mahu belajar dan tidak mahu diajar jika tidak tahu tentang sesuatu perkara. Dia sahaja yang betul dan ego yang tinggi menyebabkan seseorang itu jadi begini.

question.jpgBanyak orang kita jadi begini sebab utamanya adalah ego. Kalau belajar dan bertanya kepada seseorang dikatakan kolot dan selalu rakan-rakan akan ketawakan. Tetapi sedarlah, malu bertanya sesat jalan. Artikel kali ini sebenarnya saya ingin tekankan kepada budaya rajin bertanya di kalangan masyarakat Malaysia. Ramai orang bercerita orang Malaysia malas bertanya jika ada sesuatu masalah terutamanya pelajar. Biar tidak faham asalkan tidak bertanya. Satu budaya yang pelik dan hakikatnya memang terjadi.

Tetapi, saya amat berbangga dengan sesetengah masyarakat yang sanggup bertanya walaupun perkara yang kecil. Sebab, bagi saya masalah yang kecil itulah pembuka jalan untuk menyelesaikan masalah yang besar. Ambil sahaja contoh pelayar internet yang mempunyai masalah tentang komputer. Sering kali saya menerima SMS menanyakan soalan mengenai komputer walaupun saya tidak begitu pakar dalam komputer. Saya sedaya upaya membantu sedaya upaya. Banyak soalan dikemukan kepada saya dan saya lihat satu budaya rakyat kita yang memang mahukan jawapan kepada masalah dan inisiatif yang ditunjukkan saya memang kagumi.

Ruangan forum di internet adalah sumber utama untuk mencari jawapan. Selain serach engine seperti Google dan Yahoo yang memberikan kita jutaan maklumat, forum rasanya lebih dekat dihati kerana seolah-olah kita berhadapan dengan komuniti sendiri. Gunakan sebaik mungkin ruangan forum dan saya amat percaya ahli forum sedia membantu anda dari pelbagai aspek. Perlu diingat, ruangan forum bukan untuk mempromosi skim-skim cepat kayap dan karut-marut lain tetapi ruangan perbincangan masalah dan pertukaran maklumat.

Kesimpulannya, jika seseorang menanyakan soalan kepada kita. Jangan sombong untuk membantu. Jika kita tidak dapat menjawab 100% masalah tersebut, berikan jalan kepadanya seperti maklumat dari Internet. Secara tidak langsung kita dapat maklumat berguna mengenai sesuatu masalah. Kita juga turut serta mencari maklumat mengenai masalah tersebut. Jadi win-win situation.

p/s: Bersatu teguh, bercerai roboh.

Salam Ramdhan :)

Bacaan tambahan:

Rangkaian Berita IT