Salam sejahtera pembaca budiman,
Bunyi tajuknya macam tajuk ebook pun ada juga. Mungkin boleh dijadikan cadangan kepada sesiapa yang ingin membuat ebook mengenai tajuk ini. Berbalik kepada tajuk. Apa sebenarnya motif penulisan pada kali ini? 
Internet yang mudah
Saya mengenali dan menggunakan internet sudah hampir 10 tahun. Tapi saya yakin, ada yang lebih berpengalaman dari saya. Pada mulanya untuk suka-suka, chatting, membaca blog dan bersosial sahaja.
Tetapi fungsi internet sebenarnya lebih daripada itu. Internet memudahkan urusan seharian. Saya akui kenyataan itu. Daripada membaca hingga kepada trasaksi wang seharian, semuanya berjalan dengan beberapa langkah sahaja.
Untuk mengetahui berita semasa dan update, saya cuma melayari laman-laman web berita tempatan. Berita Harian Online, Harian Metro, Kosmo dan Harakah Daily semuanya memberikan maklumat kepada saya. Maklumat dari pelbagai kategori dan sudut pandangan.
Jika info luar negara, beribu-ribu laman web dunia menyediakan maklumat. Untuk laman-laman luar negara, sudah semestinya espnstar.com fokusnya mengenai bola sepak. Secara peribadi, saya tidak perlu membeli surat khabar untuk tujuan membaca berita.
Wang keluar dan masuk di bank juga menggunakan internet. Pemindahan wang dilakukakan lebih mudah dan sudah semestinya lebih pantas menggunakan online banking seperti Maybank2u dan CIMBClicks. Selain transaksi online banking, pemindahan wang ke luar negara boleh dilakukan melalui akaun Paypal.
Internet yang jimat
Jika mudah tidak semestinya jimat tetapi menggunakan internet, saya telah terasa jimat terutamanya dari segi kos dan tenaga. Kos bahan api terutamanya motosikal untuk ke pejabat pos, kos kertas, kos dakwat pen dan juga tenaga sendiri untuk ke sana dapat dikurang. Duit tersebut boleh disimpan atau digunakan untuk tujuan lain.
Jadi, kemudahan sudah tersedia. Bagaimana pula pilihan anda?