Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Peraduan

Salam sejahtera pembaca budiman,

Penyedia internet mudah alih, DiGi kini menawarkan hadiah menarik. Caranya dengan menaik taraf pakej DiGi broadband sedia ada kepada pakej paling tinggi. Peraduan tersebut adalah DiGi Broadband Step Up Win Contest.

Contohnya, jika anda pengguna pakej internet Discover DiGi, anda berpeluang memenangi hadiah jika menaik taraf kepada pakej Explore 16Gb atau Explore 10Gb. Semudah itu sahaja.

Maksudnya, kena upgrade kepada pakej tertinggi baru layak untuk menang. Bijak juga DiGi ni. Selepas naik taraf, bayaran perlu dijelaskan seperti biasa. DiGi akan memilih pemenang berdasarkan naik taraf tertinggi.

Hadiah ditawarkan adalah 25 unit Acer Iconia A501 yang berharga RM1800. Sungguh menarik dan saya rasakan sesuai (jika anda menang). Peraduan berlangsung sehingga 11 November 2011.

Ini adalah salah satu pemasaran berkesan untuk sesuatu produk. Berikan kebaikan kepada pengguna dengan memberikan hadiah-hadiah menarik. Pada masa yang sama, pelanggan akan membayar lebih untuk sesuatu yang bernilai. Tahniah DiGi!

Maklumat lanjut layari www.digi.com.my

peraduan-blog-menang-hadiahSalam sejahtera pembaca budiman,

Sebelum ini saya tidak pernah buat sebarang peraduan untuk blog Anjung PC. Tetapi terdetik juga dihati ingin mencuba. Selain mempromosi dan berkongsi maklumat pada blog, boleh juga memberikan hadiah-hadiah kepada peserta.

Ia juga sebagai tanda perhargaan tulus iklhas kepada para pembaca, pengkritik dan pengunjung Blog Anjung PC dot Com. Baiklah, jom baca lebih terperinci:

continue reading…

Rangkaian Berita IT