Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Pakej Internet

Salam sejahtera,

Post kali ini cuma minta pandangan ikhlas daripada pembaca. Saya akan berpindah dari rumah sekarang ke tempat baru. Tempat sekarang memang sudah guna Streamyx hampir 4 tahun. Setakat ini puas hati. Tengok Youtube pun tak perlu tunggu habis streaming.

Tempat baru semua baru

Sudah semak dalam web Unifi, ada perkhidmatan Unifi di situ. Alhamdulillah, ada perkhidmatan internet tetapi tempoh pemasangan mungkin lama. Jadi, tiada internet untuk beberapa bulan. Parah juga ni.

Streamyx juga sama kesnya dengan Unifi. Mungkin ambil masa lama sebab perlu ada talian tetap sebelum boleh tukar jadi Streamyx.

Wireless Broadband seperti Celcom, Maxis dan Digi. Harganya murah dan cepat. Selepas beli dalam beberapa jam sudah boleh guna tetapi taliannya, al-maklum sajalah. Kurang sesuai kepada saya yang suka muat turun, video streaming. Setakat email dan blog tiada masalah.

Bila fikirkan balik, lebih baik pasang Unifi sebab manfaat untuk jangka masa panjang. ‘Orang sebelah’ rumah juga dapat kebaikan. Kalau mahal boleh kongsi-kongsi.

Apa pandangan anda?

digi internet

Salam sejahtera pembaca budiman,

Selain Celcom dan Maxis yang memberi perkhidmatan jalur lebar (broadband), satu lagi telco ‘otai’ yang turut  menawarkan kemudahan sama adalah DiGi. Melalui perbandingan, pakej broadband dari DiGi adalah paling  murah dan mampu milik oleh sesiapa sahaja.

Broadband Discover Day hanya RM33 sebulan

continue reading…

muat turun maxis Salam sejahtera pembaca budiman,

Internet berkelajuan tinggi atau broadband adalah teknologi yang sering  digunakan untuk akses ke internet. Bukan hanya di bandar tetapi taliannya  sampai ke penghujung kampung. Tiada masalah untuk layari internet walau  di mana pun berada.

Maxis Wireless Broadband, satu pilihan internet mudah alih.

continue reading…

Unifi Telekom Malaysia
Unifi Telekom Malaysia adalah satu pilihan baru untuk pengguna internet Malaysia. Walaupun dilancarkan pada tahun 2008 saya belum berkesempatan untuk membuat sebarang artikel mengenainya.

Sehingalah pada suatu malam…

continue reading…

Salam sejahtera,

Pada masa kini blog menjadi kegilaan para pengguna Internet. Selain Facebook yang kini menduduki carta No.1 di Malaysia sebagai website paling popular (Rujuk Alexa.com), blog pula dijadikan platform untuk meluahkan pendapat, idea dan kritikan.

Ramai serius blogger menggunakan domain dan hosting berbayar untuk menjalankan aktiviti blogging kerana lebih profesianal berbandaing percuma. Contoh paling mudah adalah blog.anjungpc.com, blog saya sendiri. Domain asalnya adalah anjungpc.com. Kemudian saya jadikan sub-domain blog.anjugngpc.com untuk tujuan blogging.

Setelah nama domain dibeli, ia akan di simpan di dalam web hosting untuk tujuan blogging dan sebagainya. Pemilihan web hosting berbayar juga perlu di ambil kira. Ia untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati terhadap servis hosting, masalah kehilangan data dan laman web tidak dapat diaktifkan di internet. Banyak syarikat menawarkan web hosting di dunia dan tidak kurangnya juga Malaysia. Ada yang bagus dan ada yang sebaliknya.

Jadi, bagaimana untuk memilih web hosting yang bagus, berbaloi dan selamat?

1. Uptime statistik

Uptime adalah perkara utama dalam pemilihan hosting. Secara mudahnya, uptime adalah kebolehan server hosting untuk sentiasa aktif 24jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Apabila sentiasa aktif, website atau blog kita juga akan aktif dan dapat dilayari. Kebanyakkan web hosting berbayar akan memberi jaminan sehingga 90% uptime kepada anda. Semakin tinggi uptime yang diberikan semakin bagus untuk dijadikan pilihan kepada hosting tersebut.

2. Backup File

Ini juga amat penting untuk keselamatan website/blog anda. Adakah web hosting tersebut menawarkan servis backup data? Jika ya, ia amat bagus untuk anda menyimpan data anda jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan pelampung sebelum tenggelam.

3. Perbandingan harga

Untuk tujuan perbandingan harga, anda boleh senaraikan beberapa web hosting yang mempunyai ciri-ciri kegemaran dan kemampuan anda. Senaraikan pro dan kontra servis yang akan anda dapat dan buat perbandingan harga. Pilih mengikut saiz hosting dan juga bandwidth (ini yang saya praktikan sebelum membeli hosting)

4. Jenis laman web yang akan dibina

Sesetengah hosting meletakkan harga yang murah tetapi saiz hosting adalah kecil. Jika anda ingin membuat satu laman web berbentuk download dan upload, pakej tersebut adalah tidak sesuai. Ini kerana laman web download dan upload memerlukan saiz fail download yang besar dan juga bandwith yang tinggi kerana laman web sebegini memang menjadi pilihan pengguna internet. Keperluan laman web anda dan juga web hosting mestilah selari dan sesuai.

5. Website Statistik

Tujuan utama adalah untuk melihat dan membuat analisa pengunjung ynag datang ke website anda. Selain itu, website statistik adalah untuk melihat carian kata kunci pengguna sehingga sampai ke website anda, lokasi, waktu dan trend carian. Jika menggunakan cPanel, website statistik adalah Awstat. Untuk pengguna internet, Google Analytic adalah salah satu servis yang baik untuk tujuan mengkaji kebolehan website anda.

bersambung…

Rangkaian Berita IT