Salam sejahtera pembaca budiman,
Apple MacBook memang comel. Dengan reka bentuk yang cantik, slim dan ringan pasti ramai yang menyukainya. Kepada mereka yang sudah biasa dengan MacBook, mungkin sudah tidak mahu lagi menggunakan jenama laptop lain pada masa akan datang.
MacBook Air
Tetapi masih ada masalahnya pada laptop MacBook.
Masalah pada bateri MacBook. Menurut kajian oleh pakar keselamatan luar negara, bateri Apple MacBook Air dan MacBook Pro amat terdedah kepada virus. Ini disebabkan oleh cip pada bateri yang mempunyai firmware.
Pada firmware ini terdapat kata laluan yang boleh dicerobohi dengan mudah. Apabila virus sudah memasuki persekitaran bateri, ia akan merebak ke seluruh laptop. Melalui proses ini, data pengguna laptop akan menjadi tidak selamat dan boleh dicuri.
Kesan kepada serangan virus pada bateri MacBook boleh membawa kepada kerosakan laptop. Lebih dahsyat, bateri mungkin akan meletup.
Dahulu, virus hanya menyerang sistem operasi dan aplikasi sahaja. Sekarang, sudah boleh memasuki komponen komputer.
Logik atau tidak, suatu hari nanti virus boleh terlepas ke dunia nyata?


