Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Internet

penyulitan googleEnjin carian terbesar dunia, Google Search menambah baik fungsi enjin carian dengan memperkenalkan penyulitan (encryption).

Mengikut jurucakap Google, penyulitan ini membantu dan menyelamatkan pengguna yang mencari maklumat pada enjin carian Google. Kaedah penyulitan ini telah lama digunakan pada Email Google (GMail). Sasaran utama kepada pengguna internet dengan wayarless seperti di kawasan terbuka kerana akses internet tidak begitu selamat.

continue reading…

Salam sejahtera,

Selepas mendedahkan pelbagai maklumat sulit negara, laman web sensari Wikileaks.org bakal menerima habuannya sendiri. Terbaru , laman web ini bakal dicerobohi penggodam siber tanpa sebarang sebab yang jelas.

Ia selepas, Wikileaks.org menyebarkan maklumat komunikasi dalam jabatan kerajaan Amerika Syarikat. Sebelum ini banyak lagi negara menjadi mangsa seperti Malaysia dengan pelbagai pendedahan yang tidak diketahui kesahihannya oleh mereka.

Cara serangan adalah melalui Distributed Denial of Service (DDos). DDos akan melambatkan loading server kerana terlalu banyak sambungan atau trafik yang masuk ke server laman web Wikileaks. Lama kelamaan, server tidak dapat menampung dan melebihi had yang boleh diterima. Akhirnya, server rosak dan laman web tidak dapat berfungsi.

p/s: Dahulu Wikileaks beria-ia benar mendedahkan apa sahaja aktiviti sesebuah negara, kini aktiviti mereka bakal didedahkan kepada umum. Adil?

Salam sejahtera pembaca budiman,

Internet dengan rakyat Malaysia memang tidak boleh dipisahkan. Tiada internet seperti tiada nasi. Bagi pengguna Facebook, faham-faham sajalah jika tidak menghadapnya walau sehari. Saya sendiri menghabiskan masa lebih 8 jam melayari internet.

Mengikut statistik, 58% daripada populasi Malaysia mempunyai akses internet. Tidak kira menggunakan broadband, dial-up dan sebagainya. Rujuk gambar di bawah:

Statistik pengguna internet Malaysia sehingga Mac 2011. Sumber Internet World Stats

Apa maknanya daripada statistik ini?

1. Alhamdullilah, ramai penduduk Malaysia sudah ada akses ke internet. Melebihi separuh yang celik IT. Satu perkembangan yang sihat.

2. Potensi internet sebagai jaringan komunikasi popular. Hubungan tidak hanya di dunia nyata, boleh juga berlaku di internet. Malah, aksesnya lebih laju.

3. Peluang perniagaan yang lebih luas. Jika mempunyai bisnes di dunia nyata, pemasaran boleh juga dilakukan di internet. Lebih membanggakan, banyak perniagaan berkonsepkan dari rumah (SOHO) menggunakan sepenuhnya medium internet.

4. Maklumat berpindah dengan lebih pantas. Berita tidak hanya terhad di dalam negara malah kita juga boleh membaca berita sehingga ke Antananarivo (Kat mana ni? cari sendiri ya).

5. Banyak kesan positif tetapi kesan negatifnya turut serta meningkat seperti jenayah siber, ketagihan melampau dan penyakit berbahaya.

p/s: Pilihan di tangan anda. Tepuk dada, tanyalah iman.

Salam sejahtera,

Sebut sahaja jenayah, kita pasti terbayang pembunuh, perompak dan penculik. Semuanya negatif. Sebab itu perkataan ‘penjenayah’ cukup orang takut.

Di luar sana, ada banyak penjenayah dan sama juga halnya di internet. Penjenayah yang melakukan jenayah siber. Bunyinya sedap tapi baunya busuk menusuk hidung.

Jadi, apa kesan berbahaya jenayah siber?

continue reading…

Rangkaian Berita IT