Archive for the 'Internet Protocol' Category

Jan 30 2008

IPv6 Penyambung Warisan IPv4

Published by starline under Internet Protocol

Salam sejahtera,

Semester 1 2007/2008 lepas saya telah mengambil satu subjek iaitu Network Design.Dalam Network Design ini kami belajar mengenai IPv6.Memang menarik dan serabut habis icon_smile.gif,maklum la pertama kali tengok IPv6 ni.Panjang sangat dan sudah nak menghafal tidak seperti IPv4 yang selalu kita guna.

Internet Protocol atau disebut IP merupakan alamat utama bagi sesebuah komputer.Selain IP lokasi sesebuah komputer juga boleh ditentukan menggunkan MAC Address yang terdapat pada Network Card komputer.Tapi pada post kali ini saya akan ceritakan mengenai IP Version 6 (IPvV6).

IPv6 adalah kesinabungan dari IPv4.IPv4 adalah ip 32 bit (4 byte) yang kebiasaannya digunakan sebagai alamat komputer.Contoh IPV4 adalah 192.168.111.100.IPV4 adalah lebih pendek berbanding IPV6 di mana IPv6 sepanjang 128 bit.IPV6 direka oleh Internet Engineering Task Force (IETF),sebuah badan komuniti pereka rangkaian komputer dunia.

Contoh IPv6 adalah 128.91.45.157.220.40.0.0.0.0.252.87.212.200.31.255.panjang bukan?

Secara amnya,IPv6 mempunyai lebih bilangan IP berbanding IPv4.Ini kerana IPv6 menyediakan 2128 (kira 3.4×1038) bilangan alamat IP, atau 5×1028 alamat untuk setiap 6.5 billion penduduk dunia!

Berikut merupakan perbandingan antara IPv4 dan IPv6,anda boleh lihat di www.networkdirectory.com

Selamat membaca dan belajar.

Dapatkan artikel komputer terus ke e-mail anda dengan subscribe di sini

Artikel komputer menarik:

No responses yet