Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Computers

kitar semula komputerSetiap yang baru pasti akan menjadi lama. Setiap yang hidup pasti mati. Itu ketetapan. Sama juga halnya dengan komputer.

Secanggih dan semoden mana komputer pada hari ini, 3 dan 4 tahun akan datang sudah ketinggalan zaman. Lumrah, dunia teknologi komputer memang pantas.

continue reading…

komputer-terpakaiSalam sejahtera pembaca budiman,

Tiada yang baru, maka tiada yang lama. Walaupun lama, selagi masih boleh digunakan jangan membazir. Begitu juga halnya dengan komputer. Kepada mereka yang ingin membeli komputer, model komputer terpakai mungkin boleh dijadikan pilihan.

continue reading…

Salam sejahtera,

Artikel kali ini adalah sambungan daripada artikel Kenapa Komputer Anda Perlahan? Pada artikel lepas, saya berkongsi sebab-sebab utama sesuatu komputer boleh menjadi perlahan. Artikel kali ini adalah cara mengatasi komputer/laptop yang perlahan.

Baiklah, rujuk semula 5 perkara sebelum ini. Saya akan senaraikan semula punca dan juga jalan penyelesaiannya.

Punca 1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi

Penyelesaian 1: Program yang mempunyai memori yang tinggi perlu beserta dengan RAM yang tinggi. Cara paling mudah, buka program yang menggunakan memori yang tinggi dan tutup/matikan program lain.

Contohnya, jika anda membuka permainan komputer (games) yang semestinya akan menggunakan memori yang tinggi, tutup/matikan aplikasi lain seperti Internet Explorer, Antivirus dan juga apa sahaja program yang tidak digunakan ketika itu. Jadi, RAM dan processor akan tertumpu ke satu program sahaja dan secara tidak langsung akan melajukan komputer anda.

Punca 2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)

Penyelesaian 2: Cara paling mudah anda matikan sahaja program tersebut. Gunakan fungsi disable pada option atau jangan run semasa loading windows. Semua setting ini ada pada option/preference pada setiap program.

Untuk hilangkan program pada startup boleh gunakan System Configuration Utility. Caranya Klik pada Run -> msconfig dan tekan OK. Terus ke Startup tabs dan untick pada program yang tidak diperlukan semasa startup komputer.

Punca 3: Ruang hard disk yang terhad

Penyelesaian 3:  Tiada cara lain melainkan menambah saiz hard disk atau membuang sebarang perisian yang tidak digunakan pada komputer anda.

Anda juga boleh gunakan fungsi scandisk dan juga defragment pada hard disk. Anda juga boleh lakukan menggunakan perisian CCleaner.

Punca 4: Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.

Penyelesaian 4: Update dan scan seluruh komputer. Satu tips daripada saya, pastikan scan setiap pendrive yang dipasang pada komputer. Pendrive memang mudah berjangkit dari satu PC ke PC yang lain. Virus bergerak semudah kita membawa pendrive ke mana-mana. Jadi, berhati-hati.

Punca 5: Memori (RAM) yang rendah

Penyelesaian 5: Cara paling mudah anda perlu tambah RAM atau kurangkan program yang dipasang pada komputer. Install hanya ikut keperluan sahaja.

Selamat mencuba dan saya masih lagi menantikan idea-idea bernas daripada anda!

Salam sejahtera,

Barangkali mood Hari Raya sudah kembali perlahan. Rata-rata daripada kita sudah memulakan tugas seharian. Ada yang sudah pulang ke tempat kerja menyambung semula tugas. Namun, rumah terbuka masih meriah. Hari ini saya ke rumah terbuka rakan lama. Terima kasih. Hidangannya memang sedap dan menyelerakan.

Baiklah, kembali kepada tajuk utama.Banyak yang mengeluh (termasuk saya) kerana komputer mereka perlahan.

Semakin hari semakin perlahan sehingga menunggu masa yang lama untuk membuka/menjalankan sesuatu program.

Paling dahsyat, komputer akhirnya terus tidak berfungsi. Semua program ‘mati’ dan hang.

Kenapa komputer anda perlahan?

Mengikut pengalaman saya, rakan-rakan dan pembacaan, terdapat banyak punca yang menyumbang ke arah tersebut, antaranya:

1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi

Ada sesetengah program menggunakan memori yang tinggi. Cara mudah untuk mengetahuinya adalah dengan menggunakana Task Manager. Klik kanan pada toolbar di bawah kemudian pilih Task Manager. Pada Task Manager, klik pada Processes. Boleh juga tekan CTRL + ALT + DEL untuk membuka Task Manager.  Ia akan menyenaraikan semua program/aplikasi Windows sedang jalankan.

Lihat pada Mem Usage iaitu jumlah memori yang digunakan untuk program tersebut. Jika anda perhatikan jumlah memori yang digunakan dalam K (kilobytes). Lebih tinggi jumlahnya lebih tinggi memori digunakan.

Kemudian klik pada Performance dan lihat graf CPU Usage History. Peratusan melebihi 80% selalunya menyebabkan komputer menjadi perlahan. Ini disebabkan oleh semua program yang dijalankan tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh RAM dan CPU komputer. Jika 100%, bermakna komputer anda sudah kaku atau hang.

Contoh program yang menggunakan memori yang tinggi adalah 3D Games, Antivirus dan Internet Browser.

2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)

Program sebegini tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana komputer menjalankannya secara aotomatik. Semua program yang berada di toolbar komputer adalah background program.

Contoh background program adalah Antivirus, Bluetooth, Audio and Video setting, Wireless dan LAN internet.

3. Ruang hard disk yang terhad

Salah satu punca utama yang kerap berlaku adalah kekurangan ruang pada hard disk. Ini disebabkan oleh terlalu banyak program dipasang (install) tetapi saiz ruang yang terhad. Windows akan mengeluarkan amaran mengenai komputer yang perlahan akibat kekurangan ruang. Jadi, kita akan mengetahui dan perlu melakukan tindakan segera.

4. Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.

Virus dan anasir jahat pada komputer memang tidak dapat dielakkan. Setinggi mana sekali pun teknologi, ia tetap boleh ditembusi. Komputer akan perlahan, fail akan rosak dan program tidak berfungsi dengan sempurna adalah tanda-tanda komputer anda perlukan bantuan segera.

5. Memori (RAM) yang rendah

RAM antara komponen (hardware) penting dalam komputer. Jika program yang hendak digunakan adalah tinggi pengggunaan RAM-nya, maka memori (RAM) juga perlu setanding. Jika anda penggemar tegar permainan komputer, RAM tinggi adalah keperluan wajib pada komputer.

Secara umumnya, komputer yang perlahan banyak dipengaruhi oleh sesuatu program dan juga kemampuan komputer. Kita sudah mengetahui kemungkinan utama terjadinya masalah ini. Pada artikel akan datang, saya akan kongsikan langkah melajukan kembali komputer.

Pasti ada punca lagi. Saya menunggu perkongsian anda.

Salam sejahtera,

Seperti mana kita sedia maklum komputer merupakan satu alat yang teramat amat la penting dalam kehidupan.Semua kerja sekarang ini menggunakan komputer.Pastinya setiap orang mengidamkan sebuah komputer yang laju,mantap dan berkualiti tinggi.Harga komputer sekarang pun sudah murah begitu juga dengan harga laptop.

Jika anda mempunyai komputer pastinya anda pernah menghadapi masalah seperti kerosakan.Tidak kiralah sama ada kerosakan kecil mahupun kritikal.Contohnya Windows jadi corrupt dan perlu memformat ataupun banyak virus ‘beranak pinak’ sampai  Karpersky menjerit-jeriticon_smile.gif.Justeru,anda pun terpaksalah membaikinya sendiri ataupun menghantar ke kedai.

Tujuan utama post kali ini adalah untuk menyatakan sebelum komputer anda rosak lebih baik anda mengelakkannya dari rosak.Bak kata orang cegah lebih baik dari merawat.Macam tu jugak dengan komputer anda.Jangan sampai anda memaki-hamun komputer anda kerana rosak di sana siniicon_smile.gif.Tapi anda perlu berfikir sejenak,kenapa komputer aku rosak?Apa aku dah buat?

Bagaimana caranya nak menjaga dengan lebih baik?

continue reading…

Rangkaian Berita IT