Salam sejahtera semua,semalam saya dah ceritakan serba sedikit mengenai penggunaan command prompt.Untuk mereka yang terlepas artikel bahagian pertama anda boleh membaca di sini.
Baiklah kali ni saya nak berkongsi lagi maklumat tambahan apa lagi yang boleh dilakukan menggunakan command prompt (sambungan):
3. Memeriksa network card (tempat di mana kabel internet/LAN di sambung) samada masih berfungsi atau sebaliknya.Caranya dengan menaip ping 127.0.0.1.Jika terdapat tindakbalas dari 127.0.0.1 iaitu Reply from 127.0.0.1: bytes=32 time<1ms TTL=128 atau seumpama dengannya bermaksud network card anda berfungsi dengan baik.
Memeriksa Network Card komputer
4. Auto shutdown komputer anda.Jika anda ingin meninggalkan komputer untuk urusan lain tetapi komputer masih lagi berfungsi misalnya tengah download anda boleh set fungsi ni.Misalnya anda tengah download movie dan amik masa 30 minit,tapi anda mengantuk gila time tu nak tunggu siap.Taipkan saja shutdown -s -t “2400″ pastu Enter
maknanya : shutdown untuk shutdown komputer, -s untuk shutdown tanpa restart , -t “2400″ adalah masa yang di set dalam saat.2400 saat = 40 minit.Set la lebih sikit takpe.
Gambaran apabila anda menggunakan fungsi shutdown di atas.Satu pop-up akan terhasil.

