Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Category: Applikasi Windows

Salah satu aplikasi Windows yang sering digunakan oleh kita adalah Command Prompt. Aplikasi Windows ini adalah jenis text-based, jadi pengguna perlu taip setiap arahan untuk melaksanakan sesuatu program.

Dengan menggunakan Command Prompt, secara tidak langsung membantu kita berjimat cermat dari segi penggunaan tenaga elektrik. Apa caranya?

continue reading…

Salam sejahtera pembaca budiman,

Sistem operasi Windows menyediakan satu cara mudah untuk membaiki sistem komputer yang rosak. Biasanya digunakan jika komputer ada error, masalah shutdown yang tidak sempurna dan tidak dapat dimatikan (shutdown).

continue reading…

Salam sejahtera,

Untuk menyimpan sesuatu data sama ada fail, video, lagu mahupun cerita kegemaran sudah pastinya memerlukan ruang simpanan yang selamat. Selain hard disk yang besar buat pengumpul movies, altenatif yang biasa digunakan adalah burn ke CD/DVD. Beli dan burn kemudian guna ketika perlu.

Jika CD/DVD boleh didapati, apa pula perisian yang boleh digunakan untuk salin data (burn) ke dalam CD/DVD. Anda boleh cari di enjin carian seperti Yahoo atau Google dan menjumpai beribu-ribu perisian (percuma dan berbayar) yang boleh digunakan untuk burn CD/DVD ini.

Saya biasa guna banyak perisian burner dan setakat ini paling mudah adalah InfraRecoder. Kenapa ianya berbaloi kepada saya?

1. Percuma – semua orang suka benda percuma dan begitu juga saya. Jika percuma, bermakna kita boleh muat turun dari internet dan install pada komputer. Jadi, jimat duit.

2. Mudah – ciri yang penting kepada saya kerana semakin mudah semakin cepat kita siapkan sesuatu kerja. Saya pernha burn 15 keping CD dan memang tiada masalah. Jadi, jimat tenaga belajar.

3. Ringan – satu aplikasi yang ringan untuk dibuka. Cuma klik dan akan terpapar skrin InfraRecoder. Jadi, jimat ruang.

Kelemahannya? Pasti ada sebab setiap benda ciptaan manusia pasti ada kekurangan, hanya Yang Maha Esa punyai kesempurnaan. Tetapi setakat ini, InfraRecoder belum memberikan saya sebarang masalah. Mungkin pada masa akan datang, siapa tahu.

Jadi, sebagai altenatif kepada persian berbayar, anda boleh cuba sendiri InfraRecoder atau download di http://infrarecorder.org/

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Untuk post yang lepas saya telah cuba buat mengikut langkah diber tetapi malang tidak berbau, selepas buat folder tidak boleh delete folder tersebut. Saya mula gelabah dan tidak tahu untuk buat apa-apa selain bertanya kepada rakan-rakan seperjuangan. Maklumlah ilmu komputer masih belum khatam habis lagi :)

Alhamdulillah, seorang rakan saya mencadangkan kepada saya menggunakan perisian bernama Unlocker. Perisian ini amat baik dan paling menguntungkan kepada pengguna, ianya adalah percuma. jadi, jimat wang. Boleh pula dimuat turun dari internet. Mudah dan cepat.

Ketiga paling penting, ia dapat menjalankan tugasan dengan baik. Dalam kes ini, saya telah berjaya memadam folder yang saya sembunyikan daripada langkah Tips Sembunyikan Folder di Windows. Unlocker juga dapat menjalankan tugasan lain.

Untuk anda yang mnegalami kesukaran untuk memadam folder ataupun fail dalam Windows anda, boleh layari www.unlocker.com dan muat turun segera.

Selamat mencuba :)

Mohd Zaini Ismail

Bacaan tambahan:

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Tahukan anda,sebenarnya anda tidak dapat membuat folder bernama con.Microsoft termasuk Bill Gates sendiri pun tak tahu sebab apa nama tersebut tidak dapat digunakan untuk folder.Cuba anda hasilkan satu folder dan namakan folder tersebut con,sememangnya gagal.Ia datang dari Windows XP dan tadi apabila saya mencuba di Windows Vista perkara yang sama juga berlaku.Gagal!

Bukan itu sahaja semua nama berikut juga tidak dapat digunakan untuk menamakan sesuatu folderĀ  PRN, AUX, NUL, COM1, COM2, COM3, COM4, COM5, COM6, COM7, COM8, COM9, LPT1, LPT2, LPT3, LPT4, LPT5, LPT6, LPT7, LPT8, dan LPT9.

Percaya atau tidak?Cuba try test tengok :)

Artikel komputer menarik:

Dapatkan produk Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

Rangkaian Berita IT