Salam sejahtera semua,
Apa khabar hari ini?Saya baik-baik saja.Harap anda semua pun sihat walafiat.Hari ini saya nak ajar macam mana kita nak menggunakan command prompt.Kalau anda guna Windows anda perlu tahu command prompt.Kalau linux platform namanya terminal.Namanya lain tapi konsep lebih kurang sama saja.
Macam mana nak bukak command prompt?
caranya:
1. Klik Start > Run > taip cmd > tekan OK
atau
2. Klik Start > All Programs > Accessories > Command Prompt
contoh command prompt
Apa yang kita boleh dapat dari command prompt?
1. Memeriksa talian internet (internet connection) menggunakan ping command.Jika anda tidak dapat membuka sesuatu laman web (page not found).
Caranya taip ping <jarak>laman web <Enter>.
Daripada hasil di atas kita dapat mengetahui bahawa website www.anjungpc.com aktif dan anda boleh melayarinya.Tiada masalah kerana ada reply iaitu tindakbalas apabila kita cuba request.Jika request time out terhasil apabila ping bermaksud website tersebut down dan ada sesuatu masalah dan tidak dapat dicapai.
2. Memeriksa ahli yang berada dalam network kita.Caranya dengan menaip net view dan akan tersenarai ahli network dalam rangkaian sama.
Daripada hasil di atas kita dapat mengetahui bahawa komputer bernama ACOP,AZUWAN dan STAR berada dalam satu network/rangkaian yang sama dan mereka boleh berhubung seperti mengambil dan menghantar data sesama sendiri.
Itu sahaja untuk kali ini.Dalam keluaran akan datang saya akan ceritakan lagi mengenai kegunaan command prompt dan cara membuka sesuatu program menggunakannya.Tunggu tau ![]()
Selamat mencuba.
Popularity: 10% [?]









nice blog bro…info pun mantap…
owh..br saya tahu…thank pakteh zaini
@Melayubuntu,terima kasih kerana sudi melawat.Harap dah tak buntu dah.
@soul,thanks bro.Monopoli amacam?huhu
klau conect ke komputer di luar jaringan (luar network),gi mana??
Selalunya di luar network kita cara nak sambungkan menggunakan perisian Putty.Kita kena dapat pemission/kebenaran untuk connect komputer luar network.
[...] Belajar Menggunakan Command Prompt [...]
assalamuaikum wr.wb
bolehkah saya minta bantuan anda???…tentang bagaimana cara untuk mengoperasikan command promt,sebetulnya saya ingin sekali bisa mengoperasikan command promt tetapi saya tidak mengetahui cara -caranya.seperti perintah untuk mengcopy,mem-backup,menjalankan program.dan lain-lain.
dan saya ingin bisa membuat file Vbs.(supaya lebih praktis).saya harap anda bisa membantu saya…
saya tunggu balasan nya..
terima kasih…
wassalam.
ii
Wasalam Hadinegoro,
Mengenai copy and backup menggunakan command prompt saya belum sempat untuk membaca.Terdapat cara yang betul menggunakannya.Rujuk website ini > http://www.bleepingcomputer.com/tutorials/tutorial76.html
Kalau nak jalankan program ikut bahagian kedua,klik link ini > http://blog.anjungpc.com/2008/01/05/belajar-menggunakan-command-prompt-bhg-ii/
Dalam bahagian kedua saya ada tunjukan bagaimana cara nak run Microsoft Word.Semua program jika nak run selalunya ada .exe di belakang.
Harap membantu anda.
attention,
bagaimana caranya mendefaultkan setting window xp?…reset segalanya…jadi kepada yang asalnya(macam yang baru install window).
Untuk default, cara paling mudah adalah dengan meformat semula hard disk anda
tolong saya x faham lagi tentang command prompt and bleh x ajar
emm..btul2..kurang fhm lah..
klu kt sklh..cg ajar laju sgt..hehe
blh jelaskn blik x…
Cuba buka command prompt dan taip seperti yang tertera di atas. Banyak kegunaan command prompt ini. Untuk permulaan cuba dahulu teknik untuk memeriksa kewujudan sesuatu website
macam mana bila dah bka internet lepas nak detek dng command prompt
Saya kurang jelas dengan soalan anda. Boleh terangkan dengan terperinci?
Terima kasih
salam…
saye ingin meminta pertolongan saudara,
baru2 ini saye de membeli anti virus kasperky internet security 2010. soalan saya :
a) buat pengetahuan saudara saye sebelum ini memakai anti virus macfee. so, apabila telah expired, saye install kasperky anti virus internet security 2010.
ketika saya mengguna macfee, ada tersedia toolbar di bahagian atas. toolbar ini berfungsi sebagai protect carian saye di internet samada website itu bebas dari virus atau sebaliknye.
tetapi, apabila macfee expired saye pun install kasperky anti virus internet security 2010. walaubagaimanapun, kasperky ini tidak ada toolbar seperti macfee….
saye keliru adakah saya salah install atau mmg versi kasperky mmg begini…?
harap bantuan saudara,
terima kasih saudara….
selamat berpuasa..
Wasalam,
Terima kasih kerana bertanya. Setahu saya Kaspersky memang tiada toolbar. Tiada masalah dengan install anda. Toolbar itu cuma bonus sahaja daripada pengeluar antivirus
salam…..
saya juga ada masalah hendak minta pertolongan saudara…..
dimana saya menggunakan command prompt utk mengcopy file besar tetapi hanya dapat copy file didalam folder shj,…
bagaimana hendak mencopy sekaligus jika didalam satu folder ada banyak folder dengan menggunakan command prompt????
harap saudara dapat menolong……… selamat hari raya….
Waalaikumussalam,
Untuk copy fail besar lebih baik guna secara biasa. Copy and paste yang menggunakan mouse. Command prompt mungkin lebih kompleks
salam
di office saya ada menggunakan command promt untuk cek network
masalahnya saya taip “tracert” tapi cara untuk bacaan tu cam mana ye
saya tak faham blh tlg terangkan tak?
Waalaikumussalam,
Tracert guna untuk trace ke mana packet/data yang dihantar dalam network. Contohnya taip tracert http://www.anjungpc.com, kita akan dapat bacaannya berapa banyak capaian sebelum smp ke website itu.
Boleh rujuk di http://www.mediacollege.com/internet/troubleshooter/traceroute.html